PKP 2.0. Astro Belanja Tontonan Percuma Saluran Kanak-Kanak Dan Berita

Astro Belanja Tontonan Percuma Saluran Kanak-Kanak Dan Berita

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang bermula hari ini, Astro berbesar hati belanja tontonan percuma bagi saluran kanak-kanak (Kids Pack) dan Saluran berita (News Channel).

Tontonan percuma ini akan bermula pada hari ini, rabu, 13 Januari sehingga 26 Januari 2021 kelak. Tayangan ini juga diberi kepada semua pelanggan Astro tidak kira ada berada di kawasan PKP, PKPB atau PKPP sekali pun. 

Selain di Astro, juga diberi kepada kandungan On Demand dan juga secara online melalui aplikasi Astro Go.

Kids Pack Dan News Channel Secara Percuma

Kita sedia maklum, sekolah bagi kawasan PKP tidak dibuka kecuali kepada mereka yang akan mengambil peperiksaan seperti SPM dan STPM. Oleh itu, adik-adik yang akan menduduki sesi pembelajaran di rumah, jika ada masa terluang boleh tonton rancangan yang ada di saluran kanak-kanak ini secara percuma.

Selain itu, golongan pekerja Work From Home dapat ketahui isu semasa melalui saluran berita yang dipercayai melalui News Channel juga secara percuma.

Antara saluran yang ada pada Kids Pack - Boomerang, Nick Jr. Cartoon Network dan Nickelodeon. Manakala lagi News Channel - CNN, BBC World News, AlJazeera, CNA, CNBC, Bloomberg, ABC Australia, Astro Awani, Bernama dan CGTN.

Pleaseee Astro Movie Pack juga....


Post a Comment

Previous Post Next Post