PKP 2.0. Anugerah Juara Lagu (AJL35) Ditangguh

PKP 2.0. Anugerah Juara Lagu (AJL35) Ditangguh

Acara berprestij, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) akan ditangguh atau ditunda kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Melalui perkongsian daripada xtra, acara tahunan AJL untuk edisi ke-35 tahun ini yang telah dirancang akan bersiaran secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari 2021 akan ditunda.

Berikutan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada hari ini, 13 sehingga 26 Januari 2021, segala persiapan tidak boleh dilakukan seperti yang disenaraikan dalam aktiviti bukan perlu (non-essential). Aktiviti seperti pembinaan pentas dan set tidak boleh dilakukan dalam tempoh 14 hari tersebut.

Jika PKP tamat pada 26 Januari itu juga, tugas-tugas persediaan AJL35 ini pasti mengambil masa yang lama sebelum acara berlangsung pada Februari tersebut.

Oleh itu, sebagai langkah awal, pihak pengurusan AJL mengambil keputusan untuk menunda Anugerah Juara Lagu 25 ke tarikh yang akan diberitahu kelak dan sebaiknya bila PKP ditamatkan secara rasmi.


Anugerah Juara Lagu 35

Anugerah Juara Lagu 35 tahun ini menampilkan 12 lagu yang berjaya ke peringkat ini daripada 30 buah lagu yang bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) sebelum ini. 

Antara lagu yang layak ke peringkat AJL35 adalah Hutang, Kau Sakiti, Gundah, Aku Bidadari Syurgamu, Jangan Khianati Aku, Gila, Eh, Peluang Kedua, Semalam dan Belenggu Rindu.

BACA : Senarai Penuh Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 35 Untuk Tahun 2020


sumber : xtra

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended