5 Tablet Sesuai Untuk Pelajar Bawah Harga RM500 Untuk Tahun 2022

5 Tablet Sesuai Untuk Pelajar Bawah Harga RM500 Untuk Tahun 2021

Jika anda sedang mencari sebuah tablet dengan bajet RM500, disini kami cadangkan 5 tablet sesuai dengan bajet anda tersebut.

Sekarang sepertinya ramai ibubapa sedang mencari sebuah peranti bagi kegunaan anak-anak untuk menjalani sesi pembelajaran secara online (PdPR). Jadi murid akan kerap menggunakan aplikasi Google Classroom bersama gurunya.

Selain itu, para pekerja juga dalam situasi yang sama iaitu Work From Home. Mereka akan lebih menggunakan aplikasi Google Meet bagi tujuan meeting, sesi presentation dan sebagainya.

Oleh itu, selain menggunakan telefon pintar atau laptop, anda juga boleh menggunakan tablet dengan saiz yang tidak begitu besar dan tidak begitu kecil. Sesuai untuk murid belajar dan juga sesuai untuk pekerja menggunakannya. Dengan bajet RM500, mungkin senarai 5 tablet ini sesuai untuk anda pada tahun 2022 ini.

5 Tablet Bawah Harga RM500 Bagi Tahun 2022

Dengan bajet yang begitu terhad, penggunaannya sesuai bagi pembelajaran dan kerja harian. Tapi jangan expect untuk bermain game berat atau menggunakan aplikasi berat pada tablet tersebut. Kesemua tablet ini menggunakan sistem Android.


#1 - Teclast P20 HD (recommended)

Teclast P20 HD

Sebuah tablet dengan spesifikasi yang sangat baik dengan harga bawah RM500. Tablet Teclast P20 HD menggunakan Android 10 dengan dikuasakan cip 8 teras. Dengan kapasiti 4GB RAM beserta 64GB ROM pastinya anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi terutamanya berkaitan pendidikan dalam satu masa. Webcam juga disediakan disamping dengan bateri berkapasiti besar iaitu 6000 mAh

#2 - Lenovo Tab M7

Lenovo Tab M7

Dengan menggunakan Lenovo Tab M7 ini, para murid boleh dapatkan sambungan 4G LTE tau. Jadi sambungan internet pastinya lebih pantas. Jadi nak buat Google Classroom pun mudah la lepas ni. Disamping itu, ada 2GB RAM dan 32GB ROM untuk simpanan. Jangan risau, Webcam juga ada sebesar 2MP.

# 3 - Huawei Tab S 10.1

Huawei Tab S 10.1

Tablet ini juga sesuai untuk pembelajaran, kerana dengan saiz skrin sehingga 10.1-inci IPS HD lagi. Lebih terang. Ada WiFi dan ianya juga support dual sim. RAM nya juga cukup besar iaitu 4GB dan 64GB memori. Kalau tak cukup, jangan risau kerana ada disediakan slot kad memori yang boleh ditambah sehingga 128GB.

#4 - Huawei Tablet 10.5

Huawei Tablet 10.5

Bagi mereka yang mencari tablet 10-inci dengan harga kurang RM500, boleh cuba Huawei Tablet 10.5 ini. Lagipun, ianya menawarkan sehingga 8GB RAM dan 512GB ROM. Selain itu, kamera antara yang terbesar dalam senarai iaitu 16MP pada kamera selfie dan 12MP pada kamera belakang. Support sambungan 4G juga tau.

#5 - Samsung Tablet 10.1

Samsung Tablet 10.1

Untuk musim kelas online dan bagi memudahkan pembelajaran murid di rumah, boleh dapatkan Samsung Tablet 10.1 ini. Skrin FHD, 8GB RAM dengan 128GB memori beserta ada juga kamera hadapan yang boleh dibuat sebagai webcam. Mudah untuk berinteraksi bersama cikgu ketika mengajar kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post