Rasmi! Wonder Women 84 Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 17 Disember 2020

Rasmi! Wonder Women 84 Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 17 Disember 2020

Nampaknay ada berita baik untuk semua peminat filem DC iaitu Wonder Women 84. GSC mengumumkan dimana filem tersebut akan masuk ke Malaysia pada 17 Disember ini.

Wonder Women 84 (WW84) merupakan filem ke-8 daripada DCEU selepas filem terbaru bertajuk Birds of Prey yang ditayangkan pada awal tahun 2020 yang lepas.

Untuk rekod, sepatutnya Wonder Women 84 ini ditayangkan bermula Ogos yang lepas. Tetapi disebabkan pandemik COVID-19 yang berlaku di Malaysia termasuk di seluruh dunia, tayangannya ditangguh ke sebuah tarikh yang lain. 

BACA : Warner Bros Umumkan Tarikh Baharu Tayangan Bagi Filem-Filem DC Extended Universe

Sesi pengenalan filem tidak dapat dibuat, apatah lagi ditayangkan apabila panggung wayang ditutup sepanjang tempoh PKP sebelum ini dan juga panggung wayang di seluruh dunia bagi mengelakkan penularan di dalam tempat sempit.

Rasmi! Wonder Women 84 Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 17 Disember 2020

Tarikh Tayangan Wonder Women 84 Di Malaysia

Peminat filem sebelum ini tertanya-tanya, bilakah filem ini dikeluarkan secara rasmi kerana banyak filem telah mengumumkan penangguhan ke tahun 2021 tetapi tidak untuk filem DCEU ini. Tetapi akhirnya terjawab hari ini.

Pihak GSCinemas telah mengumumkan dimana filem Wonder Women 84 akan ditayangkan serentak di seluruh Malaysia pada 17 Disember 2020

Tetapi...

Sekiranya penutupan semua panggung wayang masih diteruskan, pastinya tayangan ini sekali lagi akan ditangguhkan ke tarikh yang lain. Panggung wayang seluruh Malaysia diarahkan henti operasi pada awal November yang lepas bagi mengelakkan kerugian yang berterusan.

Jadi harapnya pada 17 Disember nanti, panggung wayang diberikan kebenaran untuk mula operasi semula la. Barulah boleh tengok filem WW84 ni atau filem-filem lain lagi kan. Lama dah tak pergi wayang ni.

Post a Comment

Previous Post Next Post