Dikatakan Muslim Pro menjual 98 Juta Data Pengguna Kepada Ketenteraan Amerika Syarikat

Dikatakan Muslim Pro menjual 98 Data Pengguna Kepada Ketenteraan Amerika Syarikat

Hari ini heboh di media sosial apabila diberitakan pembangun aplikasi Muslim Pro telah menjual data pengguna kepada pihak Ketenteraan Amerika Syarikat. Berita ini telah dilaporkan oleh VICE di dalam sebuah artikel yang diterbitkan.

Menurutnya lagi, tujuan pihak Amerika Syarikat membeli data pengguna tersebut adalah bertujuan menentang keganasan atau "counterterrorism". Tapi betul ke kenyataan ni?

Bukan Muslim Pro sahaja, tetapi data daripada aplikasi lain juga turut dibeli antaranya daripada Muslim Mingle, CPlus Craiglist, Accupedo dan Global Storms.

Jika dilihat di Twitter amnya, rata-rata pengguna aplikasi Muslim Pro meluahkan rasa kebimbangan terhadap perkara ini. Ianya mula trending secara worldwide dengan mencapai sehingga 57k tweet daripada semua pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia. 

Dikatakan Muslim Pro menjual 98 Data Pengguna Kepada Ketenteraan Amerika Syarikat

Aplikasi Muslim Pro pastinya digunakan oleh orang Islam kerana di dalamnya terkandung kandungan seperti Al-Quran, waktu azan, senarai doa, mathurat, arah qiblat dan pelbagai lagi. Pastinya majoriti yang menggunakan adalah orang Islam. Tetapi yang membelinya pula adalah AS yang katanya mahu menetang keganasan. Kan tak valid tau.

Alternatif Lain Selain Daripada Muslim Pro?

Sejurus selepas mengetahui berita ini, khususnya rakyat Malaysia mula unistall atau padam aplikasi Muslim Pro serta merta. Tetapi dalam itu juga, mereka ingin masih menggunakan aplikasi sedemikian bagi tujuan waktu azan terutamanya. Adakah aplikasi lain yang sesuai dan pastinya lebih selamat tanpa memikirkan soal keselamatan data kita sendiri.

Apakah aplikasi terbaik untuk tahu waktu azan, arah qiblat dan al-quran yang boleh digunakan untuk tahun 2020 ni?

Menurut pengguna twitter Faisal Rahim, beliau mencadangkan untuk menggunakan aplikasi Iman Pro bagi alternatif tersebut. Ianya selamat kerana developer adalah dari Malaysia. Tetapi aplikasi ini hanya disediakan bagi platform iOS sahaja. Anda boleh muat-turun di Apple App Store Iman Pro (berbayar) atau Iman (percuma).

Untuk pengguna Android, boleh download aplikasi Solat Malaysia  & Alarm (Solat169)

Aplikasi Smart Quran untuk kandungan Al-Quran yang mendapat pengiktirafan daripada KDN dan JAKIM sendiri. Muat turun aplikasi Smart Quran di Android dan iOS.

Cadangan lain seperti aplikasi Waktu Solat Malaysia untuk pengguna Android dan iOS. Ianya diterbitkan oleh Media Prima Digital Sdn Bh.

Boleh juga download aplikasi MySolat di Android.

Jika anda ada cadangan aplikasi solat & al-quran, anda boleh tinggalkan komen diruangan dibawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post