Pengembara Dari Sabah Tidak Lagi Perlu Menjalani Kuarantin Wajib 14 Hari

Pengembara Dari Sabah Tidak Lagi Perlu Menjalani Kuarantin Wajib 14 Hari

Melalui ciapan daripada Twitter Rasmi KKM memberitahu dimana kini pengembara dari Sabah tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib selama 14 hari seperti sebelum ini.

Jika sebelum ini, mereka yang datang dari Sabah untuk pergi ke negeri lain perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari ekoran peningkatan kes positif COVID-19. Sehingga 23 November 2020, di Sabah sahaja telah mencatatkan 19,898 kes positif dengan 147 kes kematian.

Tetapi beberapa hari sebelum ini, kes jangkitan di Sabah sepertinya menunjukkan pengurangan. Jadi mungkin disebabkan situasi semasa ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melonggarkan sedikit SOP yang ditetapkan.

Tidak Perlu Lagi Kuarantin Wajib 14 Hari Datang Dari Sabah

Pengembara Dari Sabah Tidak Lagi Perlu Menjalani Kuarantin Wajib 14 Hari

Hari ini melalui pengumuman Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba melalui Twitter Rasmi KKM. Mulai 25 November 2020, pengembara yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani swab ujian pengesanan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah ke negeri lain di Malaysia.

Sekiranya mereka ini positif ujian pengesanan COVID-19 atau sekiranya bergejalan, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

Bagi yang positif COVID-19, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan. Manakala bagi individu yang bergejala akan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan.

Seterusnya bagi pengembara yang dibenarkan meneruskan perjalanan keluar dari Sabah, mereka akan melalui saringan demam dan gejala, pemeriksaan laporan ujian swab pengesanan COVID-19 dan diwajibkan penggunaan MySejahtera setibanya di Pintu Masuk Negara di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekiranya mereka tidak bergejala dan laporan ujian makmal COVID-19 disahkan negatif, pengembara ini tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Post a Comment

Previous Post Next Post