Cara Mohon Pakej Pelan Data Dan Peranti Istimewa Bagi Semua Pelajar IPT

Cara Mohon Pakej Pelan Data Dan Peranti Istimewa Bagi Semua Pelajar IPT

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh ikuti posting ini tentang bagaimana cara mohon pakej pelan data dan peranti istimewa yang diumumkan oleh KPT baru-baru ini khusus kepada pelajar IPT sahaja.

Pada 30 Oktober 2020 yang lepas, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adan mengumumkan bantuan dan inisiatif khsus bagi pelajar IPT yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19. Pelajar kini terpaksa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara norma baharu iaitu secara online.

Bantuan One-Off RM50 Untuk Pelajar Baru Universiti Awam

Bantuan Kewangan One-Off RM50

Antara bantuan yang diumumkan adalah Bantuan Kewangan One-Off RM50 kepada semua pelajar baru Universiti Awam yang menerima tawaran pada September 2020/2021 bagi Program Ijazah Sarjana Muda. Jika anda pelajar baru tersebut, anda boleh hubungi Bahagian Kemasukan atau Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UA masing-masing bagi mengemaskini dokumen dan maklumat berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Nombor akaun bank dan nama bank
  • Salinan penyata/buku bank
  • Nombor telefon bimbit/emel.

Jika layak, pelajar akan menerima bayaran RM50 bermula pertengahan November 2020 hingga 31 Disember 2020 terus menerusi akaun bank.

Kemudian bantuan lain yang diumumkan adalah Bantuan Pakej Pelan Data dan Bantuan Peranti (Laptop). Kedua-dua bantuan ini khusus kepada pelajar Universiti Awam dari golongan B40. Jadi anda tak perlu mohon tetapi pihak UA akan menghubungi anda jika layak.

Cara Mohon Pakej Pelan Data Istimewa

2 bantuan lagi ini terbuka kepada semua pelajar IPT termasuk UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti. Semua layak memohon. Antara tawaran yang ditawarkan adalah dari Celcom, Digi, Unifi Mobile dan Maxis.

Kesemua pakej pelan data ini memerlukan dokumen kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran kemasukan IPT. Jadi untuk mohon, sila sediakan 2 maklumat penting ini.

Celcom (Xpax)

Untuk pakej Celcom, mereka hanya tawarkan pendaftaran prepaid sahaja. Anda boleh buat permohonan istimewa ini di Blue Cube Celcom yang berdekatan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi CELCOM Careline di 1111 atau 019-6011111

cara mohon bantuan pelajar ipt celcom

Digi

Postpaid - Pelajar boleh mohon secara online di digibiz.lpages.co/mohebb-kb atau digibiz.lpages.co/mohebb-maficomm/ 

Prepaid - Pelajar boleh mendaftar dan dapatkan pakej istimewa student di Digi Store atau secara online di https://bit.ly/2Jki5Jn. Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus pihak DIGI di 016-2998888

cara mohon bantuan ipt digi

Maxis (Hotlink)

Maxis hanya menawarkan pakej postpaid kepada semua pelajar berusia 18 hingga 25 tahun sahaja. Pelajar boleh daftar di Maxis Centre terdekat. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi MAXIS di 1800-82-1123.

cara mohon bantuan ipt maxis hotlink

TM (Unifi Mobile)

Postpaid - Pendaftaran pakej istimewa ini akan dibuka bermula 16 November 2020 iaitu secara online di unifi.com.my/studentpack atau pergi mana-mana TM Point.

Prepaid - Manakala untuk prepaid, boleh pergi ke mana-mana TM point untuk mendaftar atau melalui aplikasi mobile@unifi.

cara mohon bantuan ipt unifi mobile

cara mohon bantuan ipt unifi mobile

Cara Mohon Tawaran Istimewa Pakej Laptop

Terdapat 3 syarikat yang tampil bagi menawarkan pakej istimewa untuk para pelajar IPT iaitu Acer, Samsung dan Apple Online Store. Untuk memohon, anda juga perlu sediakan kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran kemasukan IPT.

Acer

Anda hanya perlu masukkan kod diskaun untuk menikmati pakej istimewa dengan pembelian di acer store store.acer.com/en-my/promotion/students. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 016-3603635 atau 03-8026 6333

cara mohon laptop ipt acer

cara mohon laptop ipt acer

cara mohon laptop ipt acer

Samsung

Jika universiti anda ada buat pengurusan bersama pihak Samsung, anda boleh nikmati dan menerima kadar diskaun Education Online Store melalui shop.samsung.com/my/samsung-education-store. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5191 1515 atau emel kepada my_shop@samsung.com.

cara mohon laptop ipt samsung

Apple Online Store

Anda juga boleh nikmati pakej istimewa daripada pihak Apple Online Store dengan buat pembelian melalui Apple Store di www.apple.com/my/education/higher-education/. Untuk sebarang persoalan boleh hubungi pihak Apple Online Store di 1800-80-6419

cara mohon apple store student ipt

Untuk ketahui Soalan Lazim dan maklumat terperinci berkaitan pakej bantuan daripada KPT ini, anda boleh dapatkan di facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi.

Post a Comment

Previous Post Next Post