Tahniah Dato' Rizalman Ibrahim Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Tahniah Dato' Rizalman Ibrahim Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Pereka fesyen Malaysia terkenal, Dato' Rizalman Ibrahim hari ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Kementerian Pengajian Tinggit (KPT).

Pengumuman ini diumumkan sendiri oleh pihak UiTM menurusi kenyataan melalui media rasmi milik UiTM di facebook pada Jumaat, 16 Oktober 2020. Ucapan tahniah dibuat daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Eksekutif Universiti.

Sejarah Akademik

Sebelum ini timbul isu apabila ahli lembaga pengarah bukan datang daripada alumni UiTM sendiri. Tetapi kali ini, YBhg. Dato' Rizalman Ibrahim merupakan alumni UiTM yang mana merupakan graduan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen bermula pada tahun 1989-1993.

Bukan sahaja seorang pelajar biasa, Dato' Rizalman merupakan Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) serta Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen) ketika menutut di ITM ketika itu (kini UiTM).

Tahniah Dato Rizalman Ibrahim

Selain ucapan tahniah daripada pihak UiTM sendiri, Dato' Rizalman juga berkongsikan sebuah klip khas yang diterbitkan oleh Syarikat Pengurusan Rizalman Ibrahim dengan ucapan tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Sebelum ini, jawatan ini pernah disandang oleh Vivy Yusof yang merupakan usahawan muda berjaya yang juga founder FashionValet dan dUCK Group yang dilantik bermula 26 Mei 2019.

Namun pada 28 September yang lepas, pihak UiTM telah membuat keputusan dan mengumumkan penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Semoga dengan pelantikan ini, Dato Rizalman Ibrahim dapat membantu dan memacu UiTM ke arah kecemerlangan.

Sepertinya, para nitizen cukup gembira dengan pelantikan ini dengan mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikan ini.

Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.. saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat.


sumber : astro gempak 

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended