Penat "Work From Home"? Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel"

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel"

Antara inisiatif majikan bagi meneruskan kalangsungan operasi pekerjaan adalah "Work From Home" dikala pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia khususnya dan dunia secara amnya.

Dengan kerja dari rumah ini, para pekerja boleh mengelakkan berkumpul beramai-ramai di pejabat dan pastinya risiko lebih tinggi jangkitan. Oleh itu, segala kerja yang biasanya diselesaikan di pejabat sebelum ini, ianya dibuat di rumah.

Tambahan pula dengan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah bermula pada Mac 2020 lagi. Kini pula berlaku PKPB di beberapa negeri yang sekali gus tidak menggalakkan orang ramai keluar rumah. Jadi bawa semua kerja di pejabat ke rumah anda.

Mungkin ada antara kita sudah WFH sejak Mac lagi iaitu sejak PKP lagi sehingga sekarang. Sudah berbulan-bulan kerja dari rumah sahaja. Atau mungkin ada yang baru sahaja tiba-tiba terpaksa WFH iaitu bermula PKPB baru-baru ini. Pastinya berbaur pelbagai pengalaman apabila terpaksa kerja dari rumah kan.

Mungkin ada yang selesa, mungkin ada yang ok sahaja atau mungkin ada yang sudah penat kerja dari rumah dan ingin cari sesuatu yang berlainan tetapi masih mengekalkan tidak bekerja di pejabat.

Nampaknya jawapan tersebut sepertinya dapat dijawab oleh beberapa entiti iaitu syarikat perhotelan. Mereka sepertinya ingin memberi lebih keseleseaan dan kelainan kepada mereka yang terpaksa Work From Home ini. Kali ini mereka syarikat Hotel akan menyediakan pakej "Work From Hotel" pula.

Senarai Pakej "Work From Hotel" Yang Disediakan

Setiap syarikat perhotelan menyediakan pakej yang berbeza-beza. Jadi jika anda ingin cuba, anda boleh lihat pakej yang disediakan dan mungkin boleh cuba Work From Hotel.

The Chow Kit Hotel, Kuala Lumpur

Mereka ada sediakan pakej Work From Hotel serendah RM30 sehari bermula 9 pagi hingga 7 malam. Banyak tawaran yang disediakan, dapat free flow barista coffee, ruang kerja di The Chow Kit Kitchen & Bar, 30% diskaun F&B, 30% diskaun bilik hotel dan banyak lagi. 

Jika berminat, boleh terus walk-in sahaja di The Chow Kit Hotel.

Grand Margherita Hotel Kuching

Hotel di Sarawak ini juga menyediakan pakej Work From Hotel serendah RM30 seorang bermula 10 pagi hingga 9 malam. Seperti biasa, anda akan dapat free flow of beverage, WiFi internet, RM10 kredit makanan, hotel parking dan sebagainya. 

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke laman sesawang http://insidersclub.com.my/deals atau hubungi +6082532111

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel"

Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

Hotel Shangri-La juga ada sediakan pakej Work From Hotel melalu pakej Executive Room, Horizon Club Room atau Executive Suite bermula 8 pagi hingga 8 malam. Selain itu dapat akses Health Club & Spa, parkir, 20% diskaun makanan dan pelbagai lagi. Pastinya ia lebih mahal, kerana anda dapat bilik. Pakej ini bermula serendah RM190 sehari

Anda boleh buat tempahan di nombor +603 2032 2388 atau emel reservations.slkl@shangri-la.com

View this post on Instagram

Work from Hotel in the Heart of KL Stay abreast with your projects and experience a new mode of collaboration at Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur The offer includes: - Rate starting at RM190 - Additional hour at MYR 20 nett - Executive Room (1 person), Horizon Club Room (up to 2 persons with Horizon Lounge access) or Executive Suite (up to 3 persons with Horizon Lounge access) available 9 hours per day (between 8am to 8pm) - 20% off food and beverage orders and on meeting room - Access to Health Club & Spa - Parking fee will be waived Book direct at +603 2032 2388 or email reservations.slkl@shangri-la.com Your Well-being In Our Care Our commitment to creating a comfortable and safe environment so you can cherish the moments that truly matter. Learn more: https://www.shangri-la.com/group/shangrila-cares #shangrilakl #workfromhotel #shangrilacares

A post shared by Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (@shangrilakl) on

The Ruma Hotel & Residence

Sebuah lagi tempat penginapan mewah untuk anda bekerja Work From Hotel iaitu di the Ruma Hotel. Harga bermula RM248 untuk 4 jam dengan menyediakan beberapa fasiliti seperti WiFi yang laju, minibar, 25% diskaun makanan, sambungan HDMI untuk video conference, parkir dan banyak lagi.

Anda boleh buat tempahan melalui talian 03 2278 0888 atau emel di reservations@theruma.com

Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Orang Putrajaya kena PKPB, boleh datang cuba di Pulse Grande Hotel bermula harga RM35 untuk 3-4 jam bermula 8 pagi hingga 8 malam. Antara pakej yang disediakan adalah kopi dan teh percuma, WiFi, parkir percuma, penggunakan hotel lobby, diskaun sehingga 25% bagi menu makanan dan pelbagai lagi.

Anda boleh hubungi 03 8887 8888 atau emel di enquiry.pgp1@pulsegrande.com.my untuk tempahan

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel"

Royale Chulan,  Kuala Lumpur

Nak merasai kerja di Hotel Royale Chulan dengan harga serendah RM49 seorang bermula 7 pagi hingga 10 malam. Apa yang mereka tawarkan seperti makanan tengahari/malam, free flow coffee & tea, sambungan WiFi, parkir dan tambahan hanya RM99.99 untuk penginapan 1 malam.

Boleh terus hubungi 03-2688 9688 atau layari terus www.royalechulan.com untuk info lanjut.

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel"

Hatten Hotel, Melaka

Orang Melaka pun ada jangan risau iaitu di Hatten Hotel. Mereka ada menyediakan pakej Work From Hotel bermula RM68 sehari dari 9 pagi hingga 8 malam. Disediakan tempat yang selesai, sambungan WiFi, makan tengah hari percuma, minuman, kopi, teh dan sebagainya. Dapat bermalam untuk 1 bilik dengan tambahan RM150 sahaja.

Jika berminat, boleh buat tempahan melalui emel sales@hattenhotel.com

Holiday Inn Express Hotel Kuala Lumpur

Sebuah lagi Hotel di Kuala Lumpur iaitu di The Holiday Inn Express Hotel. Harga bermula RM85 seorang dan anda akan dapat WiFi, parkir percuma, free flow coffee & tea, menggunakan fasiliti hotel secara percuma dan banyak lagi.

Jika berminat, boleh buat tempahan dengan hubungi 03 2028 8888 atau emel di sales.kulcc@ihg.com

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel"

Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan

Orang Pahang ada tau kalau dah penat kerja di rumah, boleh Work From Hotel di Grand Darul Makmur. Harga bermula RM99 sehari untuk seorang bermula 9 pagi hingga 5 petang. Dapat WiFi, free flow coffee & tea, parkir, 20% diskaun room servis, diskaun RM50 untuk bermalam dan banyak lagi. 

Boleh hubungi di talian 09 511 8888 atau inbox sahaja instagram granddarulmakmurhotel

Hotel De ART, Shah Alam

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel"

Dengan harga bermula RM68, anda boleh work from hotel bermula 9 pagi hingga 5 petang. Anda akan disediakan dengan parking percuma, WiFi, Cofee atau tea, cetakan percuma dan anda akan dapat bilik khas tau. 

Untuk tempahan boleh terus hubungi 603 55180975 | +603 58805588 | +603 58887090 | +603 58887890 atau emel di reservations@hoteldeart.com.my

New World Petaling Jaya Hotel

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel"

Orang Petaling Jaya boleh cuba di New World Hotel dengan harga RM160 untuk anda Work From Hotel bermula 8 pagi hingga 6 petang. Antara fasiliti yang disediakan seperti WiFi, Lunch, Coffee/tea, parking, gym dan pakej diskaun khas untuk anda.

Jika berminat, anda boleh buat tempahan dengan hubungi 03-76820000 atau emel di reservations.petalingjaya@newworldhotels.com

Vivatel Hotel, Kuala Lumpur

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel" vivatel

Dengan harga serendah RM38, anda boleh bekerja dari hotel bermula 9 pagi hingga 9 malam di kawasan Retro Cafe. Anda juga akan dapat set makan tengah hari, coffee/tea, makanan, WiFi dan parking percuma.

Jika berminat, boleh terus hubungi 03 9205 8888 atau Whatsapp di talian 010 525 4323

Impiana KLCC, Kuala Lumpur

Ini Senarai Hotel Yang Menyediakan Pakej "Work From Hotel" impian

Hotel seterusnya boleh cuba di Impian KLCC, Kuala Lumpur. Harga serendah RM28 iaitu bermula 10 pagi hingga 4 petang. Anda dapat coffee/tea, free parking, WiFi, printing, meal kredit RM14, bahan asas penulisan dan sebagainya.

Anda boleh buat tempahan dengan hubungi +6012 487 3206 atau +6012 528 3206


Post a Comment

Previous Post Next Post