Penutupan Seluruh Panggung Wayang Bermula 2 November 2020

Penutupan Seluruh Panggung Wayang Bermula 2 November 2020

Berita kurang baik dilaporkan hari ini. Semua panggung wayang di seluruh Malaysia akan ditutup sementara bermula 2 November 2020 sehingga diumumkan semula kelak.

Ini merupakan antara kesan daripada pandemik COVID-19. Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) memberitahu dimana arahan penutupan atau henti operasi bagi seluruh panggung wayang di Malaysia bermula 2 November 2020 sehingga tarikh yang diumumkan kemudian

Keputusan ini diambil selepas melihat kesan daripada PKP, kemudian PKPB yag dilaksanakan di beberapa negeri ketika ini yang menyebabkan panggung wayang dikawasan tersebut terpaksa ditutup. Selain itu juga, keputusan dibuat disebabkan jumlah filem yang ingin ditontonkan adalah sedikit. Ini juga bagi mengelakkan syarikat ini mengalami kerugian yang teruk.

Penutupan Seluruh Panggung Wayang Bermula 2 November 2020

Industri panggung wayang antara mereka yang sangat terkesan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia. Jika sebelum ini PKP, langsung tidak dibenarkan beroperasi dan kini PKPP barulah dimulakan operasi semula dan terpaksa pula mengurangkan kapasiti bagi mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Jadi antara syarikat panggung wayang yang telah mengumumkan secara rasmi adalah GSC , TGV Cinemas dan LFS Cinemas.

GSC Tutup Panggung Wayang

GSC antara syarikat panggung wayang terkenal di Malaysia dan hampir setiap negeri pasti ada cawangan mereka. Kebelakangan ini, pihak GSC terpaksa melakukan pelbagai cara untuk teruskan operasi seperti penjualan barangan, sewa hall, permainan video games dan banyak lagi.

Buat pertama kali juga, GSC umumkan mereka tidak tahu filem apa yang akan dimainkan untuk bulan November. Anda boleh saksikan perkongsian melalui laman media sosial Twitter mereka.

Hari ini, mereka secara rasmi mengumumkan penutupan atau henti operasi sementara bagi seluruh panggung wayang di seluruh Malaysia bermula 2 November 2020. Tidak kira panggung wayang berada di zon merah, kuning atau hijau sekali pun.

TGV Cinemas Tutup Sementara

TGV Cinemas juga telah mengumumkan penutupan sementara melalui laman sosial media mereka. Mereka memuat naik status penutupan sementara dan amat berat keputusan yang dibuat tersebut. Mereka juga berharap, TGV dapat kembalik beroperasi seperti biasa kelak. TGV Cinemas juga antara syarikat panggung wayang yang mendapat permintaan yang tinggi di setiap kawasan. 

LFS Cinemas

LFC Cinemas yang lebih fokus kepada pantai timur juga mengumumkan perkara yang sama. Mereka akan mula tutup sementara bermula November 2020 atas keputusan daripada pihak Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE). Jadi tiadalah tontonan filem di panggung buat sementara waktu ini.

Penutupan Seluruh Panggung Wayang Bermula 2 November 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post