Saksikan Semua Episod Drama Hati Yang Tersakiti Di Slot Samarinda TV3 Dan Aplikasi VIU (Akhir)

aksikan Semua Episod Drama Hati Yang Tersakiti Di Slot Samarinda TV3

Untuk peminat drama melayu tempatan, jangan lupa untuk saksikan drama terbaru Hati Yang Tersakiti melalui slot Samarinda TV3.

Hati Yang Tersakiti dibarisi palakon hebat seperti Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. Katanya drama ini merupakan idea asal dan tidak diambil atau adaptasi daripada novel atau mana-mana drama yang ada. Biasa drama asal ini pastinya akan memberikan impak dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton.

Drama : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Feroz Kader
Pelakon : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan Riz Amin, Husna Mustaffa, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Meor Mohd dan ramai lagi

aksikan Semua Episod Drama Hati Yang Tersakiti Di Slot Samarinda TV3

Sinopsis Hati Yang Tersakiti

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

aksikan Semua Episod Drama Hati Yang Tersakiti Di Slot Samarinda TV3

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Waktu Tayangan

Hati Yang Tersakiti akan menemui penonton bermula 15 Oktober 2020 melalui slot Samarinda di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Anda ikuti kesemua 15 episod di tv3 atau anda boleh strim di aplikasi VIU selepas ditayangkan di tv.

Anda boleh strim di www.viu.com atau melalui aplikasi telefon pintar sahaja.


sumber : klapbod.com

Post a Comment

Previous Post Next Post