Saksikan Persembahan Peserta Gegarvaganza 7 Di Astro RIA Setiap Ahad

Saksikan Persembahan Gegarvaganza 7 Di Astro RIA Setiap Ahad

Jangan lupa kepada semua peminat GV, program terhangat itu melalui Gegarvaganza 7 akan bermula bersiaran pada 11 Oktober 2020 di Astro RIA dan strim di Astro GO.

Program Gegarvaganza sudah masuk ke musim ke-7 dan setiap tahun pastinya mendapat sambutan luar biasa daripada semua peminat di Malaysia dan luar negara sekali tau. Walaupun sudah masuk tahun ke-7 tetapi ada 8 juara tau, ini kerana GV6 buat pertama kali mempunyai 2 juara tau. Itulah kejutan terbesar pada tahun 2019 tersebut. Tahun ni apa pula agaknya?

Gegarvaganza 7 kali ini membawa tema Mara Suara Membara yang menampilkan sehingga 14 bintang peserta tau. Lebih hebat lagi, kali ini Kak Ani (Noraniza Idris) telah masuk bertanding yang merupakan lagenda muzik irama Malaysia. Siapa je tak kenal kan. Memang lagi havoc la tahun ni kan.

Juara GV7 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi dan naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Untuk tempat keempat (RM20,000), tempat kelima (RM15,000) dan tempat keenam (RM10,000) beserta trofi.

GV7 masih mengekalkan 2 hos terbaik negara ketika ini iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse disamping 2 juri tetapi yang tidak asing lagi setiap musim iaitu Dato Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahaim dan seorang juri jemputan yang dijemput khas setiap minggu. 

Saksikan Persembahan Gegarvaganza 7 Di Astro RIA Setiap Ahad

Program Gegarvaganza 7 Untuk Tahun 2020 Sudah Bermula!

Jadi setiap minggu, jangan lupa untuk tonton Gegarvaganza 7 setiap hari Ahad untuk 10 minggu di jam 9 malam hanya di Astro RIA dan RIA HD. Untuk pelanggan Astro, anda boleh strim secara percuma di Astro GO. Program ini disiarkan secara langsung daripada Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang pastinya penonton berada dalam mengikut arahan SOP yang kerajaan telah tetapkan.

Jadi untuk maklumat lanjut berkaitan GV7 ini, anda juga boleh layari Astro Gempak atau tonton konsert setiap minggu melalui Youtube Astro Gempak.

Gegarvaganza 2020 Untuk Musim Ketujuh

Minggu Pertama

Tema : Grand Konsert
Juri jemputan : Beka juara Gegarvaganza
Bintang Cuckoo Healty Home : Tiada
Anugerah Next Level DIGI : Linda Nanuwil
Peserta tersingkir : Tiada

Konsert Minggu Pertama/Icon/button/#367DC4

Minggu Kedua

Tema : Sama Naik
Juri jemputan : Jay Jay
Bintang Cuckoo Healty Home : Ashira
Anugerah Next Level DIGI : Oja
Peserta tersingkir : Haslinda

Konsert Minggu Kedua/Icon/button/#367DC4

Minggu Ketiga

Tema : Cuba Try Test (Cobaan)
Juri jemputan : Datuk Syafinaz Selamat
Bintang Cuckoo Healty Home : Oja
Anugerah Next Level DIGI : Rozita Izlyn
Peserta tersingkir : Tiada Penyingkiran

Konsert Minggu Ketiga/Icon/button/#367DC4

Minggu Keempat

Tema : Seram
Juri jemputan : Jennifer Thompson
Bintang Cuckoo Healty Home : Aju Success
Anugerah Next Level DIGI : Ashira
Peserta tersingkir : Indigo dan Eva

Konsert Minggu Keempat/Icon/button/#367DC4

Minggu Kelima

Tema : Tahu Tahu Sampai (Lagu Karaoke)
Juri jemputan : Dato' Hattan
Bintang Cuckoo Healty Home : Yantzen
Anugerah Next Level DIGI : Cliff Umar
Anugerah Bintang Paling Power Miaw : Cliff Umar
Peserta tersingkir : Nomad

Konsert Minggu Kelima/Icon/button/#367DC4

Minggu Keenam

Tema : Double Special (Duet)
Juri jemputan : Aishah & Dato' Awie
Bintang Cuckoo Healty Home : Rozita Izlyn
Anugerah Next Level DIGI : Noraniza Idris 
Anugerah Bintang Paling Power Miaw : 
Noraniza Idris
Peserta tersingkir : Rozita Izlyn

Konsert Minggu Keenam/Icon/button/#367DC4

Minggu Ketujuh

Tema : Take Over
Juri jemputan : Saiful Apek & Ad Samad
Bintang Cuckoo Healty Home : Linda Nanuwil
Anugerah Next Level DIGI : Yantzen
Anugerah Bintang Paling Power Miaw : Oja
Peserta tersingkir : Aju Success

Konsert Minggu Ketujuh/Icon/button/#367DC4

Minggu Suku Akhir (Minggu Kelapan)

Tema : GV Throwbaik
Juri jemputan : Datuk Syafinaz Selamat & Mamat Khalid
Bintang Cuckoo Healty Home : Yantzen
Anugerah Next Level DIGI : Muss
Anugerah Bintang Paling Power Miaw : Mus
Peserta tersingkir : Yantzen

Konsert Minggu Suku Akhir/Icon/button/367DC4

Minggu Separuh Akhir (Minggu Kesembilan)

Tema : Outstation
Juri jemputan : Datuk Syafinaz & Jay Jay
Bintang Cuckoo Healty Home : Linda Nanuwil
Anugerah Next Level DIGI : Ayu Damit
Anugerah Bintang Paling Power Miaw : Oja
Peserta tersingkir : Tiada Penyingkiran

Konsert Minggu Separuh Akhir/Icon/button/367DC4

Minggu Akhir

Tema : Battle Round / Medley / Duet
Juri jemputan : Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzo
Bintang Cuckoo Healty Home : Linda Nanuwil
Anugerah Bintang Paling Power Miaw : Cliff Umar
Anugerah Next Level DIGI : Oja

Juara
Cliff Umar

Naib Juara
Muss

Tempat Ke-3
Ayu Damit

Tempat Ke-4
Noraniza Idris

Tempat Ke-5
Linda Nanuwil

Tempat Ke-6
Oja

Tempat Ke-7
Ashira

Konsert Minggu Akhir/Icon/button/367DC4

Post a Comment

Previous Post Next Post