PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dilanjutkan Sehingga 9 November 2020

PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dilanjutkan Sehingga 9 November 2020

Melalui sidang media harian berkaitan keselamatan, hari ini Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari berkuatkuasa bermula 27 Oktober hingga 9 November 2020.

Kenyataan ini diumumkan oleh Menteri Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media harian sebentar tadi.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang telah berlangsung selama 14 hari iaitu bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 dilanjutkan berikutan kes penularan COVID-19 masih lagi tinggi dicatatkan dari hari ke hari.

PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dilanjutkan Sehingga 9 November 2020

Laporan pada 25 Oktober 2020 yang lepas, seluruh daerah di Selangor kini berada di zon kuning atau merah dan yang mencatatkan paling tinggi adalah di daerah Petaling.

Dalam kenyataan itu juga, segala Prosedur Operasi Standar (SOP) yang telah diperkenalkan sebelum ini masih digunakan bagi tempoh lanjutan PKPB untuk 2 minggu lagi.

Jika keperluan untuk rentas negeri, anda boleh dapatkan borang permit pergerakan sepanjang PKPB ini. Kemudian dapatkan kebenaran melalui pihak polis

Post a Comment

Previous Post Next Post