Ini Senarai 36 Kawasan Di Mukim Klang Yang Terlibat Dengan PKPB Bermula 9 Oktober 2020 Ini

36 kawasan di mukim klang diadakan pkpb bermula 9 oktober

Selepas timbul tanda tanya sebelum ini, akhirnya Kerajaan Negeri Selangor sendiri telah mengeluarkan senarai 36 kawasan di mukim Klang yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula pada 9 Oktober ini.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB di 4 daerah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran di Negeri Sabah dan Klang di Negeri Selangor yang berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 9 Oktober 2020.

Keputusan dibuat berikutan daerah ini telah mencatatkan kes positif COVID-19 lebih 40 kes yang menjadikan daerah ini merupakan zon merah. Jadi pendekatan ini perlu dibuat.

Sejak daripada pengumuman itu, seperti terdapat kelompongan informasi terutamanya berkenaan kawasan terlibat di daerah Klang itu. Adakah seluruh daerah yang besar itu diadakan PKPB? Atau sebahagian sahaja? Sejak itulah, terutamanya penduduk Klang tertanya-tanya.

Kawasan PKPB Di Mukim Klang, Selangor

Akhirnya beberapa jam sebelum perintah PKPB dikuatkkuasakan, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin bin Shari telah senaraikan 36 kawasan di mukim Klang yang terlibat melalui akaun twitter rasmi miliknya. Antara yang terlibat adalah Bandar Klang, Taman Sentosa, Bandar Bukit Tinggi, Kg Bukit Naga, Bandar Puteri dan beberapa kawasan lain

36 kawasan di mukim klang diadakan pkpb bermula 9 oktober

SOP Sepanjang PKPB Diadakan

Kerajaan memutuskan untuk membenarkan semua sektor ekonomi di Daerah Klang untuk terus beroperasi seperti biasa dengan pematuhan ketat kepada Prosidur Operasi Standard (SOP).

Selain itu, bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas, kerajaan juga bersetuju membenarkan aktiviti ekonomi beroperasi iaitu:

  • Pasar Borong bermula jam 4.00 pagi -2.00 petang
  • Pasar Biasa bermula jam 6.00 pagi -2.00 petang
  • Pasar Tani bermula jam 6.00 pagi -12.00 tengahari
  • Operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan.

Kedai-kedai makan, warung juga boleh dibuka tetapi terhad dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam dan hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away sahaja.

Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan di pautan MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post