Dilaporkan 260 Kes Positif COVID-19 Hari Ini Yang Juga Merupakan Kes Kedua Tertinggi Sejak PKP dan PKPP Dilaksanakan

Dilaporkan 260 Kes Positif COVID-19 Hari Ini Yang Juga Merupakan Kes Kedua Tertinggi Sejak PKP dan PKPP Dilaksanakan

Siapa sangka walaupun tempoh PKP telah tamat dan sudah ditukar kepada PKPP, kes jangkitan COVID-19 masih tinggi sehingga hari ini telah mencatatkan 260 kes positif. Ianya merupakan nilai kedua tertinggi selepas dilaporkan dengan 277 kes pada tempoh PKP yang lepas.

Hari ini (1 Oktober 2020) telah dilaporkan kes sembuh seramai 47 orang dengan jumlah kes sembuh adalah seramai 10,014 kes. Manakala kes positif adalah sebanyak 260 dimana melibatkan 1 kes import dan 259 kes jangkitan tempatan. Dengan itu, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 11,484 kes. Hari ini juga dilaporkan tiada kematian dan jumlah kes kematian adalah sebanyak 136, kes dirawat di ICU sebanyak 20 kes dan bantuan alat pernafasan adalah sebanyak 3 kes.

Dilaporkan 260 Kes Positif COVID-19 Hari Ini Yang Juga Merupakan Kes Kedua Tertinggi Sejak PKP dan PKPP Dilaksanakan

KKM juga ada kongsikan, terdapat 4 kluster terbaru COVID-19 hari ini (1 Oktober) iaitu Kluster Bah Ketil, Langkawi (3 kes), Joo Hwa, Tawau (1 kes), Selasih, Putrajaya (5 kes) dan Jalan Meru, Klang (3 kes).

Pecahan Bagi Setiap Negeri Jangkitan COVID-19

Dilaporkan 260 Kes Positif COVID-19 Hari Ini Yang Juga Merupakan Kes Kedua Tertinggi Sejak PKP dan PKPP Dilaksanakan

Daripada 260 kes jangkitan COVID-19, Sabah mencatatkan nilai tertinggi (118), Kedah (98), KL (14), Selangor (13). Selain itu, daripada keseluruhan, 31 kes tempatan pernah ke Sabah dan penambahan 3 kluster baharu iaitu di Putrajaya, Sabah, Kedah. Daripada kesemua negeri, Kelantan, Perak, Negeri Sembulan, Sarawak, Labuan tiada kes.

  • Perlis - 2 kes
  • Pulau Pinang - 1 kes
  • Selangor - 13 kes
  • Kuala Lumpur 14 kes
  • Putrajaya - 5 kes
  • Melaka - 1 kes
  • Pahang - 1 kes
  • Terengganu - 2 kes
  • Johor - kes
  • Sabah - 118 kes

Kes hari ini kedua tertinggi sejak wabak COVID-19 melanda negara. Kes tertinggi dicatatkan sebanyak 277 pada 4 Jun 2020 lalu.

"Virus COVID-19 telah berada dalam komuniti kita. Duduk di rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu berada di luar, patuhi SOP dan nasihat kesihatan KKM.  Ramai antara kita yang ambil mudah dan anggap kita telah bebas daripada wabak ini" - DG Hisham


sumber : KKM

Post a Comment

Previous Post Next Post