COVID-19 : Kes Tertinggi Direkodkan Dimana Terdapat 869 Kes Positif Pada Hari Ini

COVID-19 : Kes Tertinggi Direkodkan Dimana Terdapat 869 Positif Pada Hari Ini

Malaysia hari ini telah merekodkan sebanyak 869 kes baru COVID-19 dimana merupakan kes tertinggi pernah dicatatkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 19,627. Dukacita dimaklumkan juga terdapat 4 kes kematian dengan jumlah keseluruhan sebanyak 180 kes.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan hari ini terdapat 302 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12,561 pesakit yang telah sembuah dan discaj daripada hospital.

COVID-19 : Kes Tertinggi Direkodkan Dimana Terdapat 869 Positif Pada Hari Ini

Setakat ini terdapat 6886 kes aktif dan 91 daripadanya dirawat di ICU manakala 30 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada kesemua 869 kes hari ini kebanyakkannya direkodkan di Sabah dengan 451 kes, diikuti dengan Pulau Pinang dengan 189 kes, Selangor dengan 159 kes, Kedah dengan 38 kes dan Kuala Lumpur dengan 15 kes.

Seperti yang dimaklumkan oleh KKM, 90% kes hari ini dilaporkan datang daripada kawasan PKPB dan PKPD dan kawasan penjara. Sejak 20 September sehingga 17 Oktober, sebanyak 441 kes positif COVID-19 adalah yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.


Post a Comment

Previous Post Next Post