Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Anda ingin perbaharui lesen memandu? Ikuti langkah dan cara renew lesen memandu secara online melalui perkhidmatan MyEG.

Anda kini tidak lagi perlu untuk beratur panjang di kaunter JPJ atau dimana-mana cawangan pejabat pos semata-mata untuk renew lesen memandu. Kini lebih mudah, anda boleh buat hanya daripada rumah sahaja.

Pihak Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan sistem online perbaharui lesen memandu dimana anda boleh renew secara online dan boleh dibuat dimana-mana sahaja. Cara ini boleh dibuat bermula pada 16 Oktober 2020.

Permohonan boleh dibuat melalui portal MyEG dan seterusnya lesen memandu tersebut boleh akan terus dihantar ke rumah anda. Jadi jika anda bercadang untuk renew lesen dalam masa terdekat ini, anda boleh ikuti cara dibawah yang terbaru untuk tahun 2021.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

Untuk permulaan anda perlu daftar akaun MyEG terlebih dahulu dipautan www.myeg.com.my dan tekan "Creat an account". Anda ikuti semua arahan diberi sehingga selesai pendaftaran. 

Jika sudah selesai daftar, anda log in menggunakan emel dan password. 

Pada halaman ini, anda pilih "Jabatan Pengangkutan Jalan

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Kemudian klik pada pilihan "Driving License Renewel" (Baharui Lesen Memandu).

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Ini bahagian penting dan utama. Anda perlu masukkan butiran dibahagian : 

  • nombor kad pengenalan pemilik lesen memandu tersebut
  • kategori
  • tempoh pembaharuan (1 hingga 5 tahun)
  • no telefon
  • emel
  • kaedah pengambilan

Terdapat 2 kaedah pengambilan iaitu secara delivery atau ambil sendiri di Pusat e-khidmat iaitu di MyEG HQ. Jadi jika anda berada di tempat lain, boleh buat secara pos sahaja. Terdapat caj penghantaran bagi setiap kawasan.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Jika anda memilih secara delivery, anda perlu masukkan butiran lengkap alamat supaya lesen memandu anda dapat di pos dengan selamat terus ke pintu rumah anda dalam masa 2-5 hari. 

Jika kesemua maklumat sudah diisi, anda klik "Submit/Hantar"

Seterusnya akan dipaparkan semula semua maklumat yang telah anda masukkan sebelumnya bersama-sama harga yang perlu dibayar. Semak sekali lagi, pastika betul dan tepat.

Langkah seterusnya anda boleh pilih cara bayaran sama ada menggunakan e-Cash, guna Kad Kredit atau Online Banking.

Paling mudah menggunakan online banking. Pilih jenis bank, masukkan alamat emel dan tekan 'Submit'

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG

Buat bayaran seperti biasa secara online sehingga selesai.

Siap!

Post a Comment

Previous Post Next Post