Vape Adalah Racun!!! Ketahui Fakta Sebenar Disebaliknya

Vape Adalah Racun!!! Ketahui Fakta Sebenar Disebaliknya

Adakah benar sebenarnya vape ini boleh menggantikan rokok dan sekali gus mengurangkan ketagih rokok? Ada katakan vape ini sebenarnya adalah racun. Jom ketahui fakta sebenar disebalik vape yang dikongsikan oleh Pusat Racun Negara.

Beberapa persoalan ini biasanya diutarakan oleh perokok sebelum ingin mencuba vape. Betul ke hisap vape ini lebih selamat daripada rokok? Boleh ke hilangkan ketagihan rokok yang mempunyai nikotin tersebut?

Malah bukan perokok pun katanya mahu mencuba vape yang lebih selamat daripada rokok. Hisap vape selamat sikit daripada rokok. Betul ke persoalan semua ni? Jadi melalui beberapa persoalan ini, anda boleh nilai sendiri. Ianya juga dikongsikan oleh pihak yang betul iaitu Pusat Racun Negara. Adakah Vape ini juga racun?

Betul Ke Cecair Vape Diperbuat Daripada Bahan Yang Selamat Dimakan

Memang benar formulasi asas untuk cecair vape terdiri daripada propylene glycol, glycerin dan juga bahan perisa yang dibenarkan untuk makanan. Namun adakah ia selamat untuk disedut atau dihidu melalui sistem pernafasan? Tahukah anda propylene glycol dan glycerin yang dipanaskan akan menghasilkan formaldehyde iaitu sejenis bahan kimia toksik yang juga agen penyebab kanser (karsinogenik). Proses ini akan berlaku apabila cecair vape dipanaskan dalam katrij semasa seseorang itu menghisap vape!

Selain daripada itu, terdapat juga laporan terhadap bahan kimia diacetyl dan acetyl propionyl yang biasanya digunakan sebagai bahan perisa vape yang boleh menyebabkan kesan iritasi pada paru-paru. Malahan lebih teruk lagi, dalam kes pendedahan berterusan kepada bahan ini terhadap pekerja kilang membuat bertih jagung menggunakan ketuhar gelombang mikro, mereka telah mengalami penurunan fungsi paru-paru apabila sel paru-paru menjadi rengsa dan berparut. Kejadian ini juga dipanggil sebagai popcorn lung. Amat malang sekali, kerana kesan ini akan kekal dan tidak boleh dipulihkan kembali!

Tambahan lagi, bahan perisa yang popular dalam kalangan pengguna vape seperti vanillin dilaporkan mempunyai kesan sitotoksik khususnya pada sel paru-paru jika terdedah pada kadar tertentu. Sel-sel yang terdedah kepada cecair mahupun aerosol vape juga didapati mempunyai kesan tekanan oksidatif (oxidative stress).

Amat malang sekali, apabila penambahan perisa yang mempunyai bau dan rasa seakan-akan makanan, gula-gula atau buah-buahan boleh memberi persepsi yang selamat lalu menjadi tarikan kepada kanak-kanak serta kaum wanita untuk mencubanya.

Betul Ke Cecair Vape Mempunyai Bahan Kimia Yang Kurang Daripada Rokok?

Tidak dinafikan, sehingga setakat ini, cecair vape mempunyai kurang bahan kimia berbanding rokok. Namun itu tidak menjadikan ianya kurang bahaya.

Pendedahan dalam jangka panjang terhadap satu-satu bahan kimia juga sudah cukup untuk menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Pada masa yang sama, vape juga mempunyai bahan kimia lain yang mungkin kurang atau tiada dalam rokok. Antaranya ialah logam berat seperti aluminum, nikel dan kromium yang akan dibebaskan daripada lingkaran (coil) logam semasa proses pemanasan.

Kesemua logam-logam ini telah dikenalpasti sebagai bahan yang boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru. Dalam satu laporan, pendedahan jangka pendek terhadap wap logam (metal fumes) ini dalam kalangan pengimpal meningkatkan risiko jangkitan paru-paru dan juga kanser paru-paru! Ini kerana nikel dan kromium sememang telah dilabelkan sebagai agen penyebab kanser (karsinogenik) oleh FDA

Betul Ke Vape Tidak Mengeluarkan Asap Seperti Rokok Tetapi Wap Air?

Gas yang keluar daripada vape kelihatan seperti wap air bukan? Malangnya ia bukan wap air, sebaliknya ianya adalah AEROSOL yang terbentuk hasil pemanasan cecair vape yang terdiri daripada propylene glycol, glycerin, bahan perisa. Aerosol ini mempunyai saiz hampir sama dengan partikel asap rokok namun kepekatannya lebih tinggi. Oleh itu, ia boleh menerukkan lagi keadaan pesakit asma atau penyakit lain berkaitan pernafasan.

Vape Adalah Racun!!! Ketahui Fakta Sebenar Disebaliknya

Betul Ke Cecair Vape Tidak Mengandungi Nikotin?

Berdasarkan undang-undang di Malaysia, vape didefinisikan sebagai rokok elektronik yang tidak mengandungi nikotin. Namun, jika diperhatikan, kebanyakan cecair vape yang dirampas dalam aktiviti penguatkuasaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia didapati mengandungi nikotin.

Nikotin adalah bahan asas dalam rokok yang menjadi punca ketagihan dan pergantungan yang tinggi terhadap sesuatu produk itu. Maka penambahan nikotin dalam vape, bererti anda bukan lah berhenti merokok tetapi hanya beralih kepada bentuk penagihan yang lain.

Selain ketagihan, pendedahan pada nikotin juga boleh memberi kesan seperti penyempitan salur darah dan peningkatan kadar degupan jantung. Dalam jangka panjang, nikotin juga berkemungkinan menyebabkan kanser atau boleh merosakan genetik.

Betul Ke Menghisap Vape Lebih Selamat Daripada Rokok?

Vape Adalah Racun!!! Ketahui Fakta Sebenar Disebaliknya

Tanpa bukti kukuh , industri vape telah mempromosikan vape secara berleluasa sebagai alternatif yang kononnya lebih selamat daripada rokok konvensional berdasarkan fakta-fakta yang telah dimanipulasikan diatas.

Hakikatnya, kajian berbentuk eksperimen jangka pendek yang telah dijalankan ke atas manusia telah menunjukkan beberapa kesan yang signifikan pada organ tertentu. Antaranya ialah kesan langsung pada sistem pernafasan, tekanan darah serta paras oksigen dalam badan. Urin dan udara hembusan oleh penghisap vape juga dikesan mempunyai bahan toksik daripada cecair vape seperti benzene dan toluene. Justeru itu, adakah anda masih merasakan vape adalah pilihan yang selamat?

Post a Comment

Previous Post Next Post