UNIQLO Hadiahkan 13,000 Keping "AIRism Mask" Kepada Rider Foodpanda

UNIQLO Hadiahkan 13,000 Keping "AIRism Mask" Kepada Rider Foodpanda

Bestlah rider Foodpanda dimana, pihak UNIQLO mengumumkan dimana pihak mereka akan menghadiakan 13,000 keping "AIRism Mask" yang diperkenalkan sebelum ini kepada rider penghantar makanan tersebut.

Pada bulan lalu, pihak UNIQLO telah memperkenalkan face mask mereka sendiri yang dinamakan AIRism Mask dan dijual kepada orang ramai di outlet UNIQLO di seluruh Malaysia. Anda boleh dapatkan di outlet UNIQLO atau secara online dengan harga RM39.90. Paling best ianya boleh dibasuh dan dipakai semula.

Jadi bagi memperkenalkan produk terbaru mereka ini kepada orang ramai, pihak UNIQLO menjalinkan kerjasama dengan pihak Foodpanda iaitu dengan menghadiahkan AIRism Mask kepada kepada rider sehingga 13,000 keping.

UNIQLO Hadiahkan 13,000 Keping "AIRism Mask" Kepada Rider Foodpanda

UNIQLO Hadiahkan Rider Foodpanda Dengan AIRism Mask

Pengumuman ini dibuat melalui akaun Instagram rasmi UNIQLO Singapore dengan ucapan terima kasih kepada semua rider foodpanda yang selama menjadi "Unsung Hero" dengan menghantar makanan dikala negara sedang diserang oleh musuk tidak nampak, COVID-19



Dalam posting yang dimuat-naik oleh UNIQLO Singapore itu juga terdapat perkongsian pengalaman daripada rider Foodpanda sendiri selama memakai AIRism Mask ini ketika berkerja menghantar makanan kepada pelanggan mereka.

Dengan penghargaan yang diberi oleh pihak UNIQLO ini, sedikit sebanyak dapat memberi sedikit kekuatan dan keselamatan untuk rider terus bekerja dikala COVID-19 masih lagi tidak hilang.

Walaubagaimanapun, AIRism Mask ini hanya dihadiakan kepada rider Foodpanda di Singapura sahaja. Buat masa ini, tiada lagi tawaran daripada UNIQLO Malaysia untuk rider di Malaysia.

Mungkin lepas ni UNIQLO Malaysia nak taja kan? Kita tak tahu. Tunggu....


sumber : sea.mashable

Post a Comment

Previous Post Next Post