Tonton Filem Hebat Di iQIYI Secara Percuma Sempena Kempen #AnakMalaysia Sehingga 9 Oktober


Platform penstriman video iQIYI mempersembahkan beberapa filem hebat sempena kempen #AnakMalaysia bagi meraikan kebangaan menjadi rakyat Malaysia. Ianya boleh ditonton secara percuma tau.

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba pada 16 September ini, pastinya perasaan menjadi anak Malaysia itu semakin menebal. Bangga dengan negara sendiri serta bangga dan bersyukur dilahirkan di negara Malaysia.

Jadi iQIYI tampil dengan tayangan seleksi filem menarik yang mencetuskan semangat bangga rakyat Malaysia dari kandungan tempatan dan Asia. Selain kandungan filem yang dipertontonkan, ada juga drama terpilih yang anda saksikan selama kempen #AnakMalaysia ini berlangsung.

Tonton Filem Dan Drama Menarik Di iQIYI Sempena Kempen #AnakMalaysia

tayangan filem percuma di iqiyi anakmalaysia
Jadi bermula 11 September hingga 9 Oktober 2020 ini, anda boleh akses kesemua filem dan drama terpilih yang pernah memenangi anugerah sebelum ini melalui aplikasi iQIYI atau dengan klik pautan ini www.iq.com/anakmalaysia secara percuma!

Selain itu, anda juga boleh langgan iQIYI secara bulanan dengan harga serendah RM8.90 sebulan untuk dapatkan semua kandungan VIP dan tiada gangguan daripada iklan yang keluar ketika anda menonton.

Dalam filem dan drama yang ditayangkan sepanjang tempoh kempen #AnakMalaysia ini, terdapat ramai bintang terkenal seperti Remy Ishak, Nabila Huda, Sangeeta Krishnasamy, Sharifah Amani, Siti Saleha dan Daiyan Trisha, serta penampilan Bront Palarae, Tan Sri Michelle Yeoh, dan Tony Eusoff.

Antara filem dan drama yang ditayangkan di iQIYI ;
  1. Anak Merdeka
  2. Ola Bola
  3. Adiwiraku
  4. Lee Chong Wei: Rise of the Legend 
  5. Terbaik Dari Langit
  6. Police Story 3: Super Cop dan banyak lagi

Terdapat banyak lagi kandungan filem dan drama hebat yang ditayangkan sepanjang kempen ini secara percuma. Di musim PKPP ini, walaupun pergerakan terhad dengan patuhan SOP dan sebagainya. Anda boleh duduk di rumah sambil tonton filem menarik ini bersama keluarga.

Post a Comment

Previous Post Next Post