Konsert Big Stage 2020 : Tonton Secara Live Dan Ketahui Keputusan Setiap Minggu

Konsert Big Stage 2020 : Tonton Secara Live Dan Ketahui Keputusan Setiap Minggu

Bagi peminat program realiti tv nyanyian, anda boleh strim dan tonton konsert Big Stage 2020 setiap minggu dan ketahui keputusan melalui online sahaja.

Tahun ini, Big Stage 2020 diadakan secara norma baharu bagi musim ketiga. Program yang terkenal dengan slogan 'Budak Baru Nak Up (BBNU)' dan 'Dominasi BBNU' kembali dan kali ini ianya tidak melibatkan artis antarabangsa seperti musim kedua sebelum ini. Selain itu, program ini juga diadakan dengan kapasiti penonton terhad yang pastinya mengikut segala SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Sebelum ini, Big Stage musim Pertama telah dimenangi oleh Sarah Suhairi disusuli dengan kemenangan Han-byul yang berasal daripada Korea yang memenangi Big Stage bagi musim Kedua. Untuk tahun 2020 dengan musim Ketiga ini, siapa agaknya yang menerima gelaran Juara Big Stage? Tunggu...

Tahun ini, ianya masih mengekalkan 12 peserta iaitu 8 bintang lelaki dan 3 bintang wanita. Peserta lelaki ialah Fadh Majid, Azzam Sham, Dinie Rashid, Hafiz Zainal, Qody, Usop, Yamani Abdillah dan Amir Hassan. Manakala bagi peserta perempuan pula ialah Farisha Iris, Hanie Soraya, Sandra Dianne dan Nana Sheme.

Selain daripada markah juri, anda juga boleh mengundi bintang kegemaran anda untuk BBNU Paling Gempak. Anda boleh mula mengundi di pautan ini.

Tonton Secara Live Dan Ketahui Keputusan Setiap Minggu Big Stage 2020

Konsert Big Stage 2020 : Tonton Secara Live Dan Ketahui Keputusan Setiap Minggu

Program Big Stage 2020 disiarkan setiap hari Ahad pada jam 9 malam yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim ketiga. Ianya ditayangkan di Astro RIA dan RIA HD bermula 18 Ogos 2020 untuk konsert pertama. 

Selain itu juga, anda boleh tonton dan strim secara live Big Stage 2020 melalui saluran Youtube Astro Gempak setiap minggu secara percuma.

Keputusan Setiap Minggu Konsert Big Stage 2020


Minggu 1

Tema : Starter Pack
Juri Jemputan : Hael Husaini
Presiden Nitizen : Neelofa 
Tiga Terbawah : Nanasheme, Amir Hasan & Hafiz Zainal
Peserta Tersingkir : Tiada


Minggu 2

Tema : Hype Beat
Juri Jemputan : Ernie Zakri
Presiden Nitizen : Caprice
Tiga Terbawah : Fadh Majid, Hanie Soraya & Amir Hasan
BBNU Paling Gempak (Minggu 1) : Azzam Sham
Peserta Tersingkir : Hanie Soraya


Minggu 3

Tema : Duominasi
Juri Jemputan : Lah Ahmad
Presiden Nitizen : Michael Ang
Tiga Terbawah : Dinie Rashid, Amir Hasan & Sandra Dianne
BBNU Paling Gempak (Minggu 2) : Azzam Sham
Peserta Tersingkir : Amir Hassan


Minggu 4

Tema : Baby Bash (*Lagu-lagu Tahun Kelahiran Para Peserta)
Juri Jemputan : Joe Flizzo
Juri Presiden Nitizen : Kak Lina Pompom
Tiga Terbawah : Qody Rani, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah
BBNU Paling Gempak (Minggu 3) : Azzam Sham
Peserta Tersingkir : Yamani Abdillah


Konsert Triubute

Konsert khas Big Stage Sandra Dalam Kenangan

Minggu 5

Tema : Rotasi 36T
Juri Jemputan :
Juri Presiden Nitizen : 
Tiga Terbawah :
BBNU Paling Gempak (Minggu 4) : 
Peserta Tersingkir :

Minggu Suku Akhir

Tema : Rotasi 36T dan Battle Round
Juri Jemputan : Mas Idayu
Juri Presiden Nitizen : Kak Lina Pompom
Tiga Terbawah : Dinie Rashid, Hafiz Zainal dan Nana Sheme
BBNU Paling Gempak (Minggu 5) : Azzam Sham
Peserta Tersingkir : Nana Sheme dan Hafiz Zainal


Minggu Separuh Akhir

Tema : Duominasi Platinum dan Terbang Jauh (Lagu Pilihan Juri)
Juri Jemputan : Dato' Syafinaz
Juri Presiden Nitizen : Kak Lina Pompom
Tiga Terbawah : Farisha Iris, Dinie Rashid, Qody Rani
BBNU Paling Gempak (Minggu 6) : Usop
Peserta Tersingkir : Farisha Iris


Minggu Akhir

Tema : Ultimetum (Slow & Fast Beat)
Juri Jemputan : Misha Omar
Juri Presiden Nitizen : Kak Lina Pompom
BBNU Paling Gempak (Minggu 6) : Dinie Rashid
Pemenang :

Juara - Azzam Shah (67.85%)
Naib Juara - Usop (66.57%)
Tempat Ke-3 - Qody Rany (61.85%)
Tempat Ke-4 - Dinie Rashid (60.04%)
Tempat Ke-5 - Fadh Majid (58.80%)



sumber : wikipedia

Post a Comment

Previous Post Next Post