Air Selangor Umumkan Bekalan Air Di 7 Wilayah Pulih Sepenuhnya Selepas 6 Hari

Air Selangor Umumkan Bekalan Air Di 7 Wilayah Pulih Sepenuhnya Selepas 6 Hari

Selepas 6 hari tujuh wilayah di Lembah Klang terkesan dengan ketiadaan air disebabkan pencemaran, hari ini Air Selangor mengumumkan bekalan air di semua wilayah terjejas sebelum ini pulih sepenuhnya.

Sebelum ini, pada 3 September 2020, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan dimana Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Rantau Panjang telah dihenti tugas. Ianya terpaksa dilakukan ekoran pencemaran yang telah dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

Air Selangor Umumkan Bekalan Air Di 7 Wilayah Pulih Sepenuhnya Selepas 6 Hari

Disebabkan itu, beberapa kawasan di 7 wilayah akan mengalami gangguan bekalan air iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. Dengan secara total adalah melibatkan 1929 kawasan.

Tindakan Pantas Daripada Air Selangor

Air Selangor Umumkan Bekalan Air Di 7 Wilayah Pulih Sepenuhnya Selepas 6 Hari

Disebabkan banyak kawasan terjejas disebabkan daripada tangan-tangan manusia dengan membuat pencemaran di sungai, pihak berwajib terus menghantar bantuan bekala air melalui lori-lori tangki. air.

Namun setelah 2 hari iaitu pada 5 September 2020, LRA kembali beroperasi semula dan telah disalurkan kepada pengguna pada hari yang sama secara berperingkat.

Akhirnya pada 9 September 2020 iaitu 6 hari selepas LRA dihenti tugas, hari ini bekalan air pulih sepenuhnya dan telah berjaya diagihkan kepada semua pengguna yang terjejas sebelum ini. 

Hari ini pihak Air Selangor mengucapkan ribuat Terima Kasih kepada semua pengguna yang sepanjang tempoh gangguan air sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post