Pelari Pecut Dunia, Usain Bolt Disahkan Positif COVID-19

Pelari Pecut Dunia, Usain Bolt Disahkan Positif COVID-19

Lelaki terpantas dunia, Usain Bolt kini disahkan positif COVID-19 selepas beberapa hari berlangsungnya majlis sambutan hari jadi kelahiranya yang ke-34 baru-baru ini.

Seperti laporan daripada Astro Awani, berita jangkitan positif virus ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jamaica sendiri pada Isnin yang lepas. Selain itu juga, Usain Bolt sendiri ada kongsikan keadaanya sekarang di laman sosial media miliknya iaitu di Instagram dan Twitter yang sedang melalui proses kurantin.



Usain Bolt telahpun melalui ujian saringan sebelum majlis tersebut diadakan dan sejak daripada itu, beliau tidak mengalami gejala atau tanda-tanda seperti sesak nafas dan sebagainya.

"Jaga Diri Semua" - Usain Bolt

Jika dilihat sebelum ini iaitu di majlis sambutan ulang tahun kelahiranya, majlis yang diadakan tersebut sepertinya tidak memenuhi standard procedure atau SOP yang ditetapkan oleh pihak WHO termasuklah tidak memakai pelitup separuh muka atau face mask.

Pelari Pecut Dunia, Usain Bolt Disahkan Positif COVID-19

Selain itu juga, jangkitan COVID-19 ini juga mungkin disebabkan kerana pembukaan semula sempadan negara dan sambutan hari Kemerdekaan pada hujung minggu sebelum ini.

Ingatlah, atlet yang fit dan sihat pun, virus corona ini tidak mampu mengjangkiti. Jadi jagalah diri dan sentiasa mengikut SOP dan amalkan keselamatan kendiri beserta norma baharu.

Setakat ini, Jamaica telah mencatatkan 1,612 kes positif COVID-19 dengan 622 kes aktif serta 16 kematian.

Post a Comment

Previous Post Next Post