Tonton Secara Online Drama Terbaru Astro Pelindung Seorang Puteri (Slot Megadrama)

Tonton Secara Online Drama Terbaru Astro Pelindung Seorang Puteri

Slot Megadrama kini menayangkan drama terbaru keluaran Astro iaitu Pelindung Seorang Puteri yang membariskan pelakon-pelakon handalan yang pastinya memberi kesan kepada penonton.

Slot Megadrama pastinya merupakan slot bagi drama adaptasi novel setiap kali tayangan. Kali ini Pelindung Seorang Puteri adalah karya daripada Mia Kiff yang diterbitkan sekitar tahun 2018 yang lepas. Drama ini mengantikan drama sebelumnya iaitu Chandelier.

Pelindung Seorang Puteri ini merupakan arahan Yusry Abdul Halim atau dikenali sebagai Yusry KRU terbitan Suhan Movies & Trading. Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Nadiyah Shahab, Haris Ismail, Jasmine Suraya, Haleeda Mazlin, Juliana Evans, Noreen Iman, Arash Mohd dan ramai lagi. Hebat kan barisan pelakonnya!

Sinopsis Pelindung Seorang Puteri

Tonton Secara Online Drama Terbaru Astro Pelindung Seorang Puteri

Saiful (dilakonkan oleh Farid Kamil) menuntut janji ingin berkahwin dengan Rose (dilakonkan oleh Lisa Surihani). Melihatkan kesungguhan lelaki itu, Rose terbuka hati menerimanya sebagai suami.

Selepas berkahwin, ibu mentuanya, Mak Dak Liza (dilakonkan oleh Haleeda Mazlin) masih menunjukkan rasa benci terhadap Rose atas punca yang dia sendiri bingung. Manakala Saiful pula mula bersikap aneh tanpa disangka-sangka. Serentak dengan itu, muncul Hazril (dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad) yang menjadi pelindung buat diri Rose. Mampukah Rose mempertahankan rumah tangga yang dibini atau mimilih untuk berundur?

Waktu Tayangan Drama Pelindung Seorang Puteri

Drama ini telah diterbitkan melalui slot Megadrama di Astro Ria dan Ria HD bermula 28 Julai 2020 setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam sebanyak 16 episod. Anda juga boleh tonton secara online di website Astro Gempak atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

Tonton Secara Online Drama Terbaru Astro Pelindung Seorang Puteri

Tonton Secara Online Drama Pelindung Seorang Puteri



sumber : iluminasi.com

Post a Comment

Previous Post Next Post