Tan Sri Dr Noor Hisham Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442H. Ketahui Juga Tokoh-Tokoh Yang Pernah Menerima Anugerah Yang Sama Sebelum Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442H.

Tahniah diucapkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham di atas penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1442 Hijrah atau 2020 Masihi.

Sambutan Maal Hijrah tahun ini mengangkat tema 'Ummah Rabbani Negara Harmoni'. Sambutan kali ini juga pastinya sedikit kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya yang diadakan dalam suasana norma baharu.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Rabu, 19 Ogos 2020 yang lepas.

Selain daripada itu, Syeikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmad Tayib pula diumumkan bagi Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah 1442H.

Tan Sri Dr Noor Hisham Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442H.

Dengan penganugerahan ini, tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa masing-masing menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia yang telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Sebagai pakar bedah, saya mungkin selamatkan 1 nyawa, tapi dalam pentadbiran kita boleh selamatkan satu negara" - Tan Sri Dr Noor Hisham

Tan Sri Dr Noor Hisham Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442H.

Senarai Tokoh Yang Pernah Menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringat Kebangsaan

Selain daripada Tan Sri Dr Noor Hisham yang telah menerima penganugerahan ini, kita boleh lihat ramai lagi individu Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada Malaysia. Ikuti senarai penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Kebangsaa di Malaysia bermula tahun 2008 sehingga kini.

Tahun Masihi Tahun Hijrah Nama Tokoh
Januari 2008
1429
Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor Al-Bukhary
Disember 2008
1430
Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria
2009
1431
Tan Sri Dato' Sri Dr. Mohamad Yusof Md Noor
2010
1432
Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz
2011
1433
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukur Husin
2012
1434
Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman (Allahyarham)
2013
1435
Brigadier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Haji Zainal Abidin
2014
1436
Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
2015
1437
Tun Abdul Hamid Mohamad
2016
1438
Tun Dato' Seri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
Dato' Dr Haron Din (Allahyarham)
2017
1439
Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai
2018
1440
Profesor Dato' Dr. Siddiq Fadzil
2019
1441
Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang
2020
1442
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah


sumber : berita harian, xtra.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post