Ini Senarai Tempat Wajib Pakai Face Mask Yang Disenaraikan Oleh MKN

Ini Senarai Tempat Wajib Pakai Face Mask Yang Disenaraikan Oleh MKN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai tempat wajib pakai face mask seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan sebelum ini.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, bermula 1 Ogos 2020 (Sabtu), Kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup mulut dan hidung atau face mask ketika berada di luar rumah.

Keputusan ini dibuat berikutan ada peningkatan jangkitan semula COVID-19 dikalangan rakyat tempatan yang sehingga kini telah mencapai lebih 9000 kes. Sejak kebelakangan ini juga, kes positif telah mencatarkan 2 digit berbanding 1 digit ketika permulaan PKPP yang diumum pada awal Jun yang lepas.

Wajib Pakai Face Mask Bermula 1 Ogos 2020

Ini Senarai Tempat Wajib Pakai Face Mask Yang Disenaraikan Oleh MKN

Oleh itu, Kerajaan terpaksa menguatkuasakan pemakaian face mask ini kepada semua rakyat Malaysia lagi-lagi ketika berada di rumah. Secara asasnya, anda diwajibkan pakai pelitup muka dan hidung ketika berada di tempat awam dan sesak. Selain itu, jika anda berada di ruang tertutup yang bercampur orang ramai juga perlu memakai face mask.

Ternyata arahan ini sedikit keliru, apabila tular di media sosial beberapa kes rakyat Malaysia ditegur oleh pihak berkuasa kerana tidak memakai face mask tetapi bukanlah berada di tempat awam yang sesak pun.

Disebabkan itulah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan infografik mengenai dimana anda WAJIB memakai pelitup muka dan hidung sebenarnya?

Dimana Wajib Pakai Face Mask?

Dalam infografik tersebut, MKN telah menyenaraikan 14 tempat yang anda kena dan wajib pakai pelitup muka dan hidung bagi mengelakkan di kompaun RM1000. Ikuti senarai dibawah::
  1. Masjid & Surau
  2. Rumah Ibadat Bukan Islam
  3. Majlis Sosial
  4. Pengangkutan Awam
  5. Zoo
  6. Bas atau Van Sekolah
  7. Sukan & Rekreasi (Wajib semasa di kawasan premis/ venue/ tempat awam apabila tidak melakukan aktiviti sukan
  8. Premis Kesihatan (Klinik dan Hospital)
  9. Pasar-Pasar Awam/Tani
  10. Pawagam & Acara Langsung (Live Event)
  11. Peruncitan (Kedai, Dobi, Restoren, Kompleks membeli belah, pasaraya, bengkel, stesen minyak)
  12. Guntig rambut & salun-salun kecantikan
  13. SPA, Pusat Kecantikan & Refleksologi
  14. Pusat Hiburan Keluarga
Ini Senarai Tempat Wajib Pakai Face Mask Yang Disenaraikan Oleh MKN

Jadi selepas ini, anda kena ingat, muka anda bernilai RM1000 tau. Pakai lah face mask jika berada di luar demi menjaga kesihatan diri dari dijangkiti COVID-19 yang masih lagi berada di dalam negara kita ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mkn.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post