Saksikan Secara Online Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Saksikan Secara Online Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Selain tonton di Astro, anda juga boleh saksikan tayangan drama terbaru Astro, Jalan Sesat Ke Syurga secara online melalui Slot Tiara.

Drama Jalan Sesat Ke Syurga merupakan siri televisyen terbaru Malaysia bagi tahun 2020 yang disiarkan di Astro. Jika sebelum tayangan episod pertama pada 3 Ogos yang lepas, pelbagai riaksi daripada rakyat Malaysia berkenaan drama ini kerana poster rasmi mereka yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Saksikan Secara Online Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Tapi jika lihat daripada nama drama ini sendiri pun, boleh timbul pelbagai persoalan kan. Jadi cerita ini berkenaan apa? Kena tengok tau.

Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Drama ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Zul Helmy, Syrul Ezwan , Aleza Shadan, Datuk Jalaluddin Hassan, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Sri Irdina dan ramai lagi. Manakala drama ini diarahkan oleh 2 pengarah iaitu Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli.

Hamzah (Aaron Aziz) dijodohkan dengan Inara (Siti Elizad) dan berhadapan dengan ajaran songsang fahaman Islam Liberal kedua ibu bapa mertuanya (Jalaluddin Hassan & Aleza Shadan) yang mengetuai kumpulan ajaran sesat masing-masing.

Inara adalah gadis periang yang hanya mahu berpeleseran. Selepas mengalami pengalaman 'mati hidup semula', Inara mula merasakan yang ini ialah peluang kedua untuk dia membetulkan semua kesilapan lalu. Inara mula sedar yang masih banyak yang perlu dipelajarinya Inara mula rapat dengan Hamzah. Namun dalam mencari jalan kebenaran, dia keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh kedua ibu bapanya. Inara mula belajar tentang Hawa Islam tetapi rasa ada sesuatu yang janggal tentang pertubuhan itu. Inara juga mula didedahkan dengan Gerakan Elit.

Jom Saksikan apa yang terjadi kepada Inara dan dapatkah Inara bersama dengan Hamzah kembali ke jalan yang benar?

Saksikan Secara Online Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Waktu Tayangan

Anda boleh saksikan drama Jalan Sesat Ke Syurga melalui slot Tiara setiap isnin hingga jumaat bermula 3 Ogos 2020 pada 6 petang di Astro Prima dan Prima HD. Sebanyak 34 episod yang anda boleh tonton sepanjang tayangan.

Tayangan Secara Online

Selain daripada tayangan di Astro, orang ramai juga boleh tonton secara online atau strim di pautan gempak atau klik pautan dibawah untuk tontonan full episode.


*akan dikemaskini selepas tayangan

Post a Comment

Previous Post Next Post