Cara Semak Kadar Tol Secara Online Di Seluruh Lebuhraya Di Malaysia


Jika anda ingin menggunakan Lebuhraya dan akan melalui plaza tol. Sebaiknya anda semak terlebih dahulu kadar tol yang anda perlu bayar apabila melaluinya. Anda boleh semak secara online sahaja di pautan yang disediakan.

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti baki Touch N' Go tidak mencukupi ketika ingin membayar tol. Silap hari bulan, anda perlu berjalan merentasi plaza tol untuk pergi topup dan pastinya akan melambatkan pengguna lain juga.

Cara Semak Kadar Tol Secara Online Di Seluruh Lebuhraya Di Malaysia

Jadi bagi mengelakkan perkara ini, anda perlulah beratur di lane topup di tol atau lebih baik anda tambah nilai siap-siap, samada di 7-eleven, kiosk Touch N' Go di R&R, stesen minyak atau di mana-mana tambah nilai di plaza tol itu sendiri.

Sebelum itu juga, sebenarnya anda boleh semak berapa kadar tol yang anda perlu bayar apabila menggunakan sesebuah lebuhraya. Jadi anda boleh siap-siap buat kira-kira. Oleh itu, anda boleh lihat sini cara semak kadar tol secara online sahaja di seluruh Lebuhraya di Malaysia untuk tahun 2020.

Cara Semak Kadar Tol Secara Online Di Seluruh Lebuhraya Di Malaysia

Anda boleh buat semakan bila-bila masa kerana ianya semakan secara online. Boleh juga dibuat menggunakan laptop atau menggunakan smartphone sahaja. Ianya sudah berada di hujung jari sekarang ni.

Untuk pengetahuan, tol ini terbahagi 2 jenis iaitu jenis plaza masuk dan juga plaza masuk serta keluar. Ini bermakna, anda perlu touch dahulu plaza tol pertama, kemudian pada plaza kedua barulah anda touch sekali lagi untuk bayar. Ikuti caranya dibawah

Langkah 1  :  Pergi ke pautan www.llm.gov.my

Langkah 2  :  Kemudian pergi ke bahagian Kalkulator Tol

Langkah 3  :  Anda perlu pilih Lebuhraya. Terdapat 29 jenis Lebuhraya disediakan seperti LPT, BESRAYA, KLK, PLUS, KESAS, SMART, LEKAS, DUKE, NPE, LKSA, SKVE dan banyak lagi.

Cara Semak Kadar Tol Secara Online Di Seluruh Lebuhraya Di Malaysia

Langkah 4  :  Kemudian pilih Plaza Masuk (yang lebuhraya mempunyai bayaran masuk sahaja). Akhirnya tekan Hantar. Akan dipaparkan kadar tol mengikut kelas

Cara Semak Kadar Tol Secara Online Di Seluruh Lebuhraya Di Malaysia

Cara Semak Kadar Tol Secara Online Di Seluruh Lebuhraya Di Malaysia

Langkah 5  :  Ada juga lebuhraya yang menyediakan Plaza Masuk dan Plaza Keluar. Pilih lokasi dan akhirnya tekan Hantar. Kemudian akan dipaparkan kadar tol yang perlu dibayar dan juga dipaparkan jarak antara 2 tol tersebut.

Cara Semak Kadar Tol Secara Online Di Seluruh Lebuhraya Di Malaysia

Cara Semak Kadar Tol Secara Online Di Seluruh Lebuhraya Di Malaysia

Selain daripada fungsi semak kadar tol di www.llm.gov.my juga anda boleh ketahui status trafik semasa melalui paparan CCTV.

Post a Comment

Previous Post Next Post