Pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha Di Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Adalah Secara 'First Come, First Serve'

Pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha Di Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Adalah Secara 'First Come, First Serve'

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha bagi tahun 1441H/2020M di semua masjid dan surau di Selangor adalah dibuat dengan kaedah kehadiran jemaah secara terbuka atau 'First Come, First Serve'.

Kaedah ini telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya dilakukan di semua masjid dan surau kecuali di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) yang menggunakan E-Pass.

Pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha Di Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Adalah Secara 'First Come, First Serve'

Kaedah kehadiran jemaah secara terbuka ini dibuat sehingga kapasiti jemaah sebenar ruang solat dipenuhi selepas penjarakkan sosial 1.5 meter.

Berita baik untuk kaum wanita. Jemaah muslimat (wanita) dibenarkan hadir hanya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dengan had jemaah seramai 220 orang di Ruang Solat Khas Muslimat manakala Masjid Diraja Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pula dengan had jemaah muslimat seramai 250 orang sahaja.

Pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha Di Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Adalah Secara 'First Come, First Serve'

Solat Sunat Aidiladha 1441H/2020M Di Seluruh Selangor

Di seluruh negeri Selangor, waktu pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha bagi semua masjid dan surau adalah pada pukul 8.00 pagi.

Ketika ini, SOP masih dikekalkan seperti biasa. Antaranya adalah :
  • Perlu berada dalam keadaan berwudhuk dari rumah
  • Perlu memakai topeng pelitup muka (face mask)
  • Perlu membawa sejadah sendiri
  • Berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala (suhu mesti kurang daripada 37.5°C)
  • Bersihkan tangan ketika hadir dan pulang dari masjid menggunakan hand sanitizer
  • Tidak berjabat tangan dikalangan jemaah
  • Perlu hadir lebih awal ke masjid atau surau
  • Sentiasa amalkan penjarakan sosial

Pelaksanaan Ibadah Korban

Pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha Di Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Adalah Secara 'First Come, First Serve'

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pelaksanaan ibadah Korban hanya akan dilaksanakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Masjid Daerah, Masjid Diraja, Masjid Naik Taraf, Masjid Institusi dan masjid-masjid kariah atau tempat yang telah ditentukan oleh pihak masjid.

Oleh itu, semua jemaah dan AJK masjid dan surau mestilah pastikan mematuhi segala langkah-langkah pencegahan COVID-19 atau SOP yang telah ditetapkan. Pastikan semua berjalan lancar tanpa sebarang apa-apa perkara tidak diingini.


Post a Comment

Previous Post Next Post