Program ePENJANA Kredit RM50 Boleh Mula Di tebus Mulai 31 Julai 2020

Program ePENJANA Kredit RM50 Boleh Mula Di tebus Mulai 31 Julai 2020

Melalui kenyataan Menteri Kewangan hari ini, program ePENJANA untuk rakyat Malaysia peroleh kredit RM50 boleh ditebus bermula 31 Julai 2020.

Kementerian Kewangan, MOF hari ini mengumumkan pelancaran program RM750 juta kredit ePENJANA iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Pelaksanaannya sepertinya sama seperti eTunai Rakyat yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini bagi tujuan menggalakkan penggunakan ewallet dikalangan masyarakat.

Cara Memohon Untuk Dapatkan RM50 Kredit ePENJANA

Inisiatif ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berbendpatan kurang daripada RM100,000 setahun. Setiap pemohon layak untuk menebus RM50 kredit ePENJANA daripada salah satu penyediaan perkhidmatan eWallet terpilih. 

Syarat permohonan :
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Mestilah 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan kurang daripada RM100k setahun berdasarkan rekod terkini di LHDN
  • dan sudah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera

Jadi bermula 31 Julai 2020 hingga 24 September 2020, anda boleh menebus menggunakan antara 3 eWallet iaitu melalui Boost, GrabPay atau Touch 'n Go eWallet. Selain daripada RM50, pengguna juga akan peroleh insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai (cash back), baucer dan mata ganjaran sepanjang tempoh kempen tersebut. 

Tarikh akhir penggunaa ePENJANA adalah pada 30 September 2020. Jadi sila habiskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Program ePENJANA Kredit RM50 Boleh Mula Di tebus Mulai 31 Julai 2020

Jadi anda perlu memuat turun (download) antara 3 perkhidmatan eWallet tersebut bersama-sama aplikasi MySejahtera. Pastikan anda sudah kemaskini aplikasi tersebut kepada versi yang terbaharu. Anda boleh download MySejahtera di Playstore, Appstore atau Apps Gallery

Post a Comment

Previous Post Next Post