Diskaun 70% Bagi Saman JPJ Dan SPAD Bermula 1 Ogos Sempena Bulan Kemerdekaan

Diskaun 70% Bagi Saman JPJ Dan SPAD Bermula 1 Ogos Sempena Bulan Kemerdekaan

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan pemberian diskaun 70% bagi saman JPJ dan SPAD bermula 1 Ogos 2020 iaitu sempena Bulan Kemerdekaan.

Pemberian tawaran pengurangan pembayaran saman ini bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Jadi jika anda rasa anda mempunyai saman yang tertunggak berkaitan saman JPJ atau berkaitan saman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mungkin inilah masanya anda langsaikan.

Sudah pastinya pengurangan pembayaran ini akan menggalakkan lebih ramai orang yang mempunyai tunggakan saman akan tampil untuk melangsaikan saman tersebut.

Diskaun 70% Bagi Saman JPJ Dan SPAD

Anda boleh dapatkan diskaun 70% ini bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 bagi saman berkaitan JPJ dan SPAD termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam. Anda boleh buat bayaran dan dapatkan diskaun ini di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) atau melalui saluran pembayaran online iaitu di Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Kes Mahkamah tidak termasuk dalam pengurangan 70% ini. alert-warning

Manakala jika berkaitan dengan disenarai hitam, anda dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ negeri atau cawangan bagi proses dokumentasi. Jangan lupa untuk nanti.

Cara Semak Saman

Anda boleh semak melalui portal JPJ iaitu bagi rekod saman JPJ dan AES (AWAS). Ikuti langkah dibawah:
  1. Pergi ke portal JPJ dan klik Semak Saman atau klik pautan ini www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  2. Kemudian masukkan pilihan carian antara No ID (Kad pengenalan) atau No ID dan No Kenderaan
  3. Masukkan butiran yang diperlukan dan klik Semak
  4. Segala butiran saman akan dipaparkan jika ada
Diskaun 70% Bagi Saman JPJ Dan SPAD Bermula 1 Ogos Sempena Bulan Kemerdekaan

Syarat & Terma

Antara saman kompaun yang diberikan pengurangan diskaun 70% adalah termasuk :
  • Saman AES/ AWAS
  • Saman kompaun Ops Musim Perayaan
  • 7 Kesalahan utama:
    • Tidak memakai topi keledar
    • Tidak mematuhi lampu isyarat merah
    • Tidak memakai tali pinggang keledar
    • Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
    • Memotong sebelah kiri
    • Memotong dan menggunakan lorong kecemasan
    • Memotong di garisan berkembar
  • dan saman kompaun yang lain

Pendaftaran Pembayaran Saman Secara Online

Langkah 1 : Daftar di kaunter JPJ/UTC yang berdekatan dan memberi mykad kepada staf yang bertugas
Langkah 2 : Anda akan menerima nombor rujukan di kaunter (sila simpan)
Langkah 3 : Daftar kali pertama. Pergi ke portal mySIKAP iaitu di https://public.jpj.gov.my
Langkah 4 : Klik daftar masuk

Diskaun 70% Bagi Saman JPJ Dan SPAD Bermula 1 Ogos Sempena Bulan Kemerdekaan

Langkah 5 : Masukkan nombor rujukan pendaftaran

Diskaun 70% Bagi Saman JPJ Dan SPAD Bermula 1 Ogos Sempena Bulan Kemerdekaan

Langkah 6 : Isikan nombor telefon bimbit dan klik Ya untuk sahkan butiran
Langkah 7 : Semak emel untuk dapatkan kata laluan sementara (jangan lupa tukar nanti)
Langkah 8 : Dah selesai tukar, disini nanti anda boleh terus buat bayaran saman (jika ada) secara online sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post