Cara Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online Dan Percuma Melalui Aplikasi IQIYI

Cara Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online Dan Percuma Melalui Aplikasi IQIYI

Drama yang pernah mendapat tempat di hati penonton sebelum ini, kini telah kembali. Anda boleh tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 secara online dan percuma melalui aplikasi IQIYI.

7 Hari Mencintaiku 2 merupakan karya sambungan daripada 7 Hari Mencintaku yang ditayangkan di TV3 melalui slot Aqasia. Waktu siaran drama ini adalah hari isnin hingga jumaat bermula 7 malam. Anda boleh tonton di tv anda.

Setakat ini, telah ditayangkan 17 episod dengan jumlah tayangan adalah sebanyak 33 episod. Setiap kali ditayangkan, pasti mendapat sambutan yang hangat daripada penonton sehingga trending di media-media sosial termask twitter.

Drama TV Hebat, 7 Hari Mencintaiku 2

Drama ini dibintangi oleh pelakon yang sama daripada sekuel sebelum ini seperti Siti Saleha sebagai Mia Adriana, Shukri Yahaya sebagai Khuzairi, Wan Sharmila sebagai Sofi Emilia, Syazwan Zulkifly sebagai Helmi dan ramai lagi.

Cara Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online Dan Percuma Melalui Aplikasi IQIYI

Sinopsis 

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.

Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.

Tayangan Secara Online

Selain daripada tontonan di TV3, anda juga boleh tonton secara online. Jika sebelum ini anda boleh tonton di saluran Youtube Drama Sangat Official bagi setiap episod.

Tetapi kini tidak lagi, ini kerana segala episod yang sudah dimuat-naik telah dipadamkan dan hanya teaser atau highlight sahaja ditayangkan di saluran youtube itu.

Keputusan itu nampaknya telah menimbulkan kemaharan daripada nitizen kerana mereka lebih mudah dan selesa menonton di youtube kerana ada yang tidak sempat tonton ketika tayangan di TV. Ada yang baru balik daripada kerja, bersiap untuk solat dan sebagainya.

"Jadi macam mana kami nak tonton drama kesukaan kami ini?"

Jangan risau, ini kerana kesemua episod tersebut telah dibawa ke sebuah platform striming yang sedang meningkat naik iaitu di IQIYI. Jadi anda boleh tonton bermula daripada episod 1 sehingga yang terbaru. Anda boleh tonton secara online 1 jam selepas tayangan di TV3 bagi setiap episod secara percuma.

Cara Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online Dan Percuma Melalui Aplikasi IQIYI

Cara Tonton Melalui IQIYI

Jadi untuk tonton drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini, anda perlu download atau muat turun aplikasi IQIYI terlebih dahulu di Playstore atau Appstore. Selain itu, anda juga boleh tonton di komputer dengan layari laman web www.iq.com

Kemudian, anda klik pada tab Drama dan cari 7 Hari Mencintaiku 2. Jika sudah ada, klik butang Play dan boleh tonton secara percuma.

Cara Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Secara Online Dan Percuma Melalui Aplikasi IQIYI

Untuk tayangan percuma ini, akan ada selingan dengan iklan. Tetapi jika anda tidak mahu paparan iklan tersebut, anda boleh subscribe akaun VIP dengan harga RM16.90/sebulan.

Dikala artikel ini diterbitkan, IQIYI ada buat promosi akaun VIP dengan harga RM1.90/sebulan. Khusus bagi pengguna telefon pintar di Malaysia sahaja alert-info

Selain itu, terdapat juga drama melayu lain yang anda boleh tonton di IQIYI seperti 'Leftenan Zana', 'Kampung People', 'Setelah Ku Dimiliki' dan sebuah siri baharu yang paling dinanti-nantikan iaitu 'Pengantin Satu Malam' yang bakal ditayangkan di TV3 pada Ogos tidak lama lagi.

Tonton Full Episode Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Disini


Post a Comment

Previous Post Next Post