Cara Semak Dan Bayar Bil TM Unifi Streamyx Secara Online Dengan Cara Yang Mudah

Cara Semak Dan Bayar Bil TM Unifi Streamyx Secara Online

Untuk pengguna TM Unifi atau Streamyx, anda boleh ikuti langkah dan cara semak bil TM anda disini dan cara pembayaran secara online yang boleh dibuat melalui 3 cara mudah.

Telekom Malaysia (TM) ada menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar melalui Unifi dan Streamyx. Perkhidmatan jalur lebar ini disediakan bagi penggunaan kediaman kebanyakkannya. Jadi jika anda inginkan sambungan internet yang stabil, boleh dapatkan Unifi atau Streamyx.

Setakat ini, hanya beberapa kawasan sahaja yang menyediakan sambungan Unifi berbanding Streamyx yang kebanyakkannya boleh digunakan. Jika Unifi anda boleh dapatkan sambungan internet dengan kelajuan sehingga 300 Mbps manakala untuk Streamyx adalah 8 Mbps. Lihatlah perbezaan ketara ini.

Jadi jika anda baru sahaja menggunakan Unifi atau Streamyx ataupun tidak tahu lagi cara semak dan bayar bil. Anda boleh lihat sini cara semak dan bayar bil TM Unifi Streamyx secara online sahaja. Lebih mudah dilakukan secara dalam talian sahaja.

Cara Semak Bil Unifi Streamyx

  • Semak guna website
  • Semak guna aplikasi MyUnifi

Semak Guna Website

Untuk semak menggunakan website, anda perlu pergi dahulu ke website TM di unifi.com.my dan log in akaun TM anda. Jika anda tidak mempunyai akaun lagi, anda boleh daftar terlebih dahulu dengan tekan butang Register. Pastikan anda mempunyai no. akaun 10 digit untuk mendaftar.

1.  Jika sudah, anda log in akaun anda dengan klik Log in/Register > Home Broadband/Voice

2.  Masukkan email bersama password anda di tempat yang disediakan

3.  Kemudian anda boleh semak bil TM anda dalam bentuk PDF dengan klik pada bahagian Billing

Cara Semak Bil Unifi Streamyx

4.  Disini akan dipaparkan semua maklumat berkaitan Unifi atau Streamyx yang anda langgan bersama bil. Anda boleh dapatkan bil TM sehingga bulan keempat. 

Cara Semak Bil Unifi Streamyx

Semak Guna Aplikasi MyUnifi

Seterusnya boleh lihat melalui aplikasi MyUnifi. Download di Playstore atau Appstore

1.  Jika sudah selesai download, anda perlu juga daftar akaun dengan masukkan email, password, nombor IC pemilik akaun dan nombor akaun 10 digit.

2.  Jika sudah siap daftar, log in terlebih dahulu (masukkan email dan password)

3.  Tekan Account > Overview > klik no akaun anda

4.  Kemudian dipaparkan bill summary untuk bulan terbaru bersama-sama History bill. Anda boleh dapatkan bil dalam bentuk PDF.

Semak Guna Aplikasi MyUnifi

Cara Bayar Bil TM Melalui SMS

1.  Ini antara cara yang paling mudah, maklumat perlu bayar akan dihantar kepada nombor telefon anda yang sudah di daftarkan.

2.  Anda hanya perlu klik pautan yang diberi.

Cara Bayar Bil TM Melalui SMS

3.  Kemudian anda akan dibawa kepada halaman pembayaran, buat pembayaran dengan jumlah yang dipaparkan dengan menggunakan online banking sahaja. Selesai!

Cara Bayar Bil TM Melalui Website Unifi (Unifi Care)

1.  Cara ini sama seperti anda semak bil TM sebelum ini.

2.  Anda perlu log in akaun anda dengan klik Log in/Register > Home Broadband/Voice di unifi.com.my

3.  Klik pada butang Pay Now

Cara Bayar Bil TM Melalui Website Unifi (Unifi Care)

4.  Kemudian pilih bil yang anda ingin bayar dan klik I Agree & Pay Now

Cara Bayar Bil TM Melalui Website Unifi (Unifi Care)

3.  Akhir sekali, bayar menggunakan online banking atau kad kredit/debit dan klik Proceed. Selesai!

Cara Bayar Bil TM Melalui Website Unifi (Unifi Care)

Cara Bayar Bil TM Melalui Aplikasi MyUnifi

Unifi ada sediakan sebuah aplikasi, jadi mudah untuk anda pantau bil dan buat pembayaran terus sahaja. Anda boleh download aplikasi MyUnifi di Play Store atau Apps Store

1.  Jika sudah selesai download, anda perlu juga daftar akaun dengan masukkan email, password, nombor IC pemilik akaun dan nombor akaun 10 digit.

2.  Jika sudah siap daftar, log in terlebih dahulu (masukkan email dan password)

3.  Tekan Account > Overview > klik no akaun anda

4.  Akhir sekali tekan Pay. Bayar guna online banking atau kad kredit/debit. Selesai!

Cara Bayar Bil TM Melalui Aplikasi MyUnifi

Cara Bayar Bil TM Menggunakan Maybank2u

1.  Log in akaun Maybank2u anda di www.maybank2u.com.my

2.  Kemudian pergi pada bahagian Pay & Transfer

3.  Pay To > Payee dan cari Telekom Malaysia (TM)

Cara Bayar Bil TM Menggunakan Maybank2u

4.  Masukkan nombor akaun TM anda 10 digit

Cara Bayar Bil TM Menggunakan Maybank2u

5.  Akan dipaparkan nama pemilik akaun tersebut, masukkan jumlah bayaran dan tekan Pay.

Cara Bayar Bil TM Menggunakan Maybank2u

Post a Comment

Previous Post Next Post