Cara Mohon dan Tebus Kredit RM50 ePENJANA Menggunakan Boost, GrabPay Atau Touch 'N Go eWallet

Cara Mohon dan Tebus Kredit RM50 ePENJANA Menggunakan Boost, GrabPay Atau Touch 'N Go eWallet

Anda kini boleh mula tebus RM50 kredit ePENJANA seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan bermula 31 Julai 2020.

Seperti yang diumumkan, terdapat 3 jenis eDompet yang bekerjasama dengan pihak Kerajaan yang menjadi makanisme bagi tujuan penebusan RM50 kredit tersebut. Yang terlibat sekarang adalah aplikasi Boost, GrabPay dan Touch 'N Go eWallet.

Syarat Utama Kelayakan Tebus RM50

  • Anda mestilah warganegera Malaysia
  • Pemohon mestilah 18 tahun dan ke atas pada 31 Disember 2020
  • Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod LHDN
  • Anda mesti mendaftar nama di aplikasi MySejahtera dahulu

Pastikan maklumat seperti nama, kad pengenalan sama seperti yang dimasukkan di aplikasi MySejahtera dan mana-mana aplikasi ewallet yang anda pilih.

Cara Tebus RM50 ePENJANA Menggunakan Boost

Cara Mohon dan Tebus Kredit RM50 ePENJANA Menggunakan Boost

Anda perlu verify akaun Boost anda untuk menuntut ePENJANA. Ikuti langkah dibawah;

Langkah 1: Muat turun Boost dari Play Store, App Store atau App Gallery

Langkah 2: Pergi ke skrin Profile anda dan klik pada My Wallet dan diikuti dengan Upgade to Premium Wallet.

Langkah 3: Seterusnya, anda perlu mengesahkan IC anda dengan mengikuti langkah di bawah *:

  • Tangkap gambar bahagian depan IC anda
  • Tangkap gambar selfie. Pastikan kami dapat melihat wajah anda dengan jelas untuk tujuan pengesahan
  • Sahkan butiran yang diambil. Sila periksa semula butirannya dan klik pada butang seterusnya untuk meneruskan.

Langkah 4: Pengesahan maklumat yang diberikan akan diselesaikan dalam satu 1 hari bekerja

Langkah 5: Boleh mula tebus RM50 ePENJANA

Maklumat lanjut boleh layari www.myboost.com.my/

Cara Tebus RM50 ePENJANA Menggunakan GrabPay

Cara Mohon dan Tebus Kredit RM50 ePENJANA Menggunakan GrabPay

  1. Download aplikasi Grab di Playstor atau, Appstore
  2. Daftar dan masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya di bahagian GrabPay
  3. Verify akaun anda dengan masukkan MyKad
  4. Klik butang RM50 ePENJANA pada 31 Julai 2020 ini
  5. Selesai. Anda sudah boleh mula tebus dan gunakan RM50 itu tersebut

Maklumat lanjut melalui pautan ini www.grab.com/my/pay-deals/others/grab-epenjana/

Cara Tebus RM50 ePENJANA Menggunakan Touch 'N Go eWallet

Cara Mohon dan Tebus Kredit RM50 ePENJANA Menggunakan Touch 'N Go eWallet

  1. Download aplikasi Touch 'N Go di Play Store atau Apps Store
  2. Kemudian klik pada Create Account, masukkan nombor telefon dan masukkan kod OTP yang dihantar di SMS. Tetapkan pin 6-digit pula
  3. Kemudian masukan butiran diri diruang yang disediakan
  4. Anda perlu verifi accoun terlebih dahulu. Pergi ke bahagian Profile dan klik pada Verify Account Now
  5. Langkah seterusnya ambil gambar IC anda (depan dan belakang) dan upload
  6. Akhir sekali, tangkah gambar selfie anda dan tekan Let's Go. Akaun anda akan di verify dalam masa 48 jam.
  7. Dah selesai, boleh terus tebus RM50 kredit ePENJANA

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.tngdigital.com.my/epenjana

Post a Comment

Previous Post Next Post