Ustaz Ebit Lew Sedang Mencari 100 Pekerja Untuk Di Pasar Raya Elews Mart


Selepas restore, butik, training dan kini Ustaz Ebit Lew tanpil dengan sebuah lagi sektor perniagaan iaitu dalam dunia pasar raya dengan memperkenalkan Elews Mart.

Kita biasa kenal, seorang Ustaz Ebit Lew yang suka menolong orang tanpa mengira bangsa dan agama beserta peroleh kejayaan dalam perniagaan dan traning. Kini beliau mengambil sebuah lagi langkah dengan mengembangkan perniagaan dalam bidang pasar raya pula.

Kini UEL sedang sibuk membangunakan 10 cawangan Elews Mart yang akan dibuka sekitar Lembah Klang. Antara lokasi yang terlibat adalah Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Melalui perkongsian di facebook Ustaz Ebit Lew, beliau menubuhkan pasar raya ini kerana beliau berhajat untuk buat buat konsep food bank dimana teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang termasuk juga peluang pekerajaan yang memerlukan.

Peluang Pekerjaan Di Elews Mart

Jika pasar raya ini kelak akan dibuka, pastinya ramai pekerja yang perlu menguruskan operasi. Jadi Ustaz Ebit Lew menjangkakan 100 jawatan yang ditawarkan kepada pekerja baru bagi 10 cawangan antaranya adalah :
  • Branch Manager
  • Assistant Manager
  • Marketing Officer
  • Supervisor dan Retail Staf

Jadi kepada yang berminat boleh hantar resume ke hrelewsmart@gmail.com

Ustaz Ebit Lew berharap pasar raya ini akan berjaya dibangunkan dan berharap doa daripada orang ramai bagi kejayaan beliau. Supaya dengan adanya pasar raya ini, lebih ramai beliau dapat bantu kepada orang yang memerlukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post