Tonton One-Punch Man Dengan Sari Kata Bahasa Melayu Secara Percuma Di Youtube Muse Malaysia

Tonton One-Punch Man Dengan Sari Kata Bahasa Melayu

Kini anda boleh tonton siri anime terkenal One-Punch Man dengan sari kata Bahasa Melayu secara percuma dengan tayangan yang sah di Youtube Muse Malaysia.

Rasanya dah ramai kenal dengan watak Saitama seorang Hero yang mampu mengalahkan lawannya dengan hanya satu tumbukan sahaja. Sebab itulah, anime Jepun ini dinamakan dengan nama One-Punch Man.

Tonton One-Punch Man Dengan Sari Kata Bahasa Melayu

Terbaru, siri anime ini sudah pun masuk ke musim ke-2 dan tayangan pertama dikeluarkan adalah pada tahun 2015 untuk musim pertama. Kemudian pada musim ke-2 ianya ditayangkan di Jepun dan seluruh dunia pada tahun 2019.

Pada awal tayangan ini, anda hanya boleh tonton dengan dub Japan bersama subtitle atau sari kata dalam Bahasa Inggeris untuk tujuan tontonan global. Jadi ketika itu, tiada tayangan rasmi yang menawarkan sari kata dalam Bahasa Melayu untuk tontonan Malaysia.

Tonton One-Punch Man Dengan Sari Kata Bahasa Melayu

Tetapi kini anda tidak perlu lagi khuatir, ini kerana wakil syarikat penyiar anime rasmi dari Jepun, MUSE Malaysia mengumumkan One-Punch Man akan ditayangkan dengan sari kata Bahasa Melayu.

Anda boleh tonton anime ini secara rasmi di Youtube MUSE Malaysia dengan tayangan One-Punch Man untuk musim pertama dan musim kedua.

MUSE Malaysia akan menyiarkan episod 1 One-Punch Man untuk musim pertama bermula 8 Jun 2020. Mereka akan tayangkan setiap hari pada pukul 8 malam dengan satu episod setiap hari sehingga 7 Julai 2020.



Kemudian anda boleh tonton secara percuma di Youtube tersebut sehingga 30 September 2020. Yang penting kali ini disertakan dengan sari kata Bahasa Melayu. Youtube Muse Malaysia menyokong sehingga 720p HD.

Untuk maklumat juga, Sari kata English akan tersedia di MUSE SG, dan Sari kata Vietnam akan tersedia di Muse Việt Nam

Post a Comment

Previous Post Next Post