Sekolah Akan Dibuka Pada 24 Jun 2020

Sekolah Akan Dibuka 2 Minggu Lagi Iaitu Pada 24 Jun 2020

Hari, Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah mengumumkan dimana sesi persekolahan akan dibuka bermula 2 Jun 2020 dengan hanya melibatkan murid yang akan menduduki SPM, SVM, STPM dan STAM sahaja.

Jadi 2 minggu tempoh yang diumumkan sebelum ini telah diumumkan pada hari sebelum sesi persekolahan bermula kelak. Dengan arahan terbaru daripada PKPP, banyak aktiviti mula dibenarkan beroperasi secara menyeluruh termasuklah persekolahan tetapi SOP yang ditetapkan mestilah diikuti tanpa gagal.

Pada beberapa hari yang lepas juga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan panduan berkaitan pembukaan sekolah melalui Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dengan pelbagai SOP terperinci telah diterangkan di dalamnya.

Sekolah Akan Dibuka Pada 24 Jun 2020

Sesi persekolahan yang membabitkan 398,446 murid yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara akan bermula pada Rabu 24 Jun 2020.

Manakala selain daripada murid tersebut, mereka akan terus menjalani pembelajaran di rumah secara online. 

SOP Di Sekolah

Sekolah Akan Dibuka 2 Minggu Lagi Iaitu Pada 24 Jun 2020

Penjarakkan sosial 1 meter dalam semua aktiviti semasa sesi persekolahan termasuk di dalam bili darjah. Jarak antara meja murid sekurang-kurangnya 1 meter dan jika tidak muat, pelajar lain tersebut akan ditempatkan di kelas lain.

Selain itu, kepada semua guru, murid dan pekerja yang berada di sekolah, mereka digalakkan untuk memakai face mask.

Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah sentiasa memakai face mask bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan berlaku. 

Mereka dengan suhu badan melebihi 37.5°C atau menunjukkan simptom seperti demam, sakit tekak, batuk, selesema dan sesak nafas, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.

Waktu rehat murid pula adalah secara berperingkat dan makanan serta minuman dibungkus dan mereka hanya dibenarkan makan dlama kelas dengna pengawasan guru.

Hanya murid kelas peperiksaan awam sahaja yang akan ke asrama. Dalam bilik asrama, katil-katil disusun pada jarak satu 1 meter. Bilangan katil bagi setiap bilik adalah bergantung kepada keluasan
bilik

Dengan pembukaan semula sekolah ini, pihak KPM, JPN dan PPD akan buat pemantaun ke sekolah bagi memeriksa pematuhan SOP yang telah ditetapkan ini.

Kepada adik-adik yang sudah lama tidak kembali ke sekolah, pastinya berita ini memberikan kegembiraan kepada mereka. Akhirnya mereka boleh kembali belajar seperti biasa tetapi dengan norma baharu.

Post a Comment

Previous Post Next Post