Selangor Adakan Kursus Pra Perkahwinan Secara Online Selepas Ini

Kursus Pra Perkahwinan Secara Online

Selepas ini, bagi mengamalkan pembudayaan norma baharu selepas ini, di Selangor akan di adakan Kursus Pra Perkahwinan Islam secara dalam talian (online). Pengumuman ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri.

Kursus Pra Perkahwinan Islam Online (KPPI Online) ini akan mula dilaksanakan bermula 13 Jun 2020 (Sabtu) walaupun PKPB telah tamat selepas ini. Permohonan boleh dibuat mulai 9 Jun 2020 (Selasa). Modul KPPI Online adalah berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sepenuhnya.

Kaedah Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Secara Online Di Selangor

Anda boleh buat permohonan seperti pautan disediakan dibawah mengikut daerah di Negeri Selangor.

Bahagian Undang-Undang Keluarga
No Tel (Whatsapp) : 013-689 0628 / 011-6048 0636

Pejabata Agama Islam Daerah Petaling
No Tel (Whatsapp) : 011-3936 2036 / 010-310 3540

Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
No Tel (Whatsapp) : 011-6163 5848

Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
No Tel (Whatsapp) : 011-6082 8455

Pejabat Agama Islam Daerah Klang
No Tel (Whatsapp) : 017-291 6934

Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat
No Tel (Whatsapp) : 011-5785 0906

Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam
No Tel (Whatsapp) : 019-287 9316

Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor
No Tel (Whatsapp) : 011-7230 3528

Pejabat Agama Islam Daerah Sepang
No Tel (Whatsapp) : 011-6417 0260

Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor
No Tel (Whatsapp) : 011-7072 4805

Jumlah maksimum penyertaan peserta dalam setiap sesi penganjuran Kursus Pra Perkahwinan Online adalah 150 orang. 2 sesi akan dijalankan pada hari Cuti Hujung Minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Mekanisma pelaksanaan kursus perkahwinan ini akan menggunakan Google Classroom.

Sesi pertama : 8 pagi hingga 12 tengah hari
Sesi kedua : 2 petang hingga 6 petang.

3 Pengisian Google Classroom ::
  • Stream : Mengandungi powerpoint slide, video dan infografik berkaitan setiap tajuk yang wajib ditonton, dilayari dan dibaca oleh setiap peserta
  • Classwork : Ujian kefahaman dan Borang Penilaian Peserta
  • People : Mengandungi senarai peserta Kursus Pra Perkahwinan Online yang dijemput (invite) oleh penganjur.

Cara Penyertaan

Peserta akan menerima menerima jemputan melalui e-mel untuk menyertai kursus secara online. Setelah masuk ke platform kursus tersebut, peserta perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan sehingga selesai dalam tempoh masa yang telah diberikan.

Sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya menyelesaikan tugasa yang diberikan. Sijil dan note boleh diambil di kaunter di mana pendaftaran dibuat beserta pembayaran seperti ditetapkan. 

Buat masa ini, JAIS akan mengutamakan kepada peserta yang telah mendaftar dan membuat pembayaran yuran penyertaan yang tertangguh sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu.

Sebarang maklumat dapatkan panduan lengkap Facebook JAIS. Anda boleh hubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga ditalian 017-9492634 mulai 9 Jun 2020 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkaitan perkara ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post