Jepun Sekat Kemasukan Pelancong 111 Negara Termasuk Malaysia

Jepun sekat Kemasukan Pelancong 111 Negara Termasuk Malaysia

Jepun baru-baru ini telah mengumumkan tidak membenakan kemasukan pelancong daripada luar bagi beberapa negera disebabkan pandemik COVID-19. Arahan ini pastinya bagi mengelakkan penularan pandemik ini daripada tersebar ke dalam negara matahari terbit tersebut.

Pengumuman ini dibuat sendiri Kementerian Kerja Luar Jepun sendiri di website MOFA. Arahan ini adalah dengan melarang kemasukan pelancong luar daripada 111 buah negara. Daripada beberapa negara tersebut, Malaysia juga tersenarai.

Jadi setakat ini, kepada rakyat Malaysia khususnya, lupakan dahulu kemahuan untuk bercuti ke luar negara termasuk Malaysia. Janganlah bercita-cita nak pergi negara tersebut buat masa ini, selain daripada 'travel ban' dan pastinya juga penularan pandemik COVID-19 masih lagi berlaku di negera Malaysia dan juga di Jepun.

Jepun Halang Kemasukan Pelancong 111 Negara Termasuk Malaysia

Sebenarnya bukan itu sahaja, jika ada traveller luar yang mungkin berada di Malaysia bagi 14 hari sebelum, mereka juga dilarang untuk masuk ke Jepun. Walaupun mereka datang daripada negara yang dibenarkan untuk masuk ke Jepun tapi disebabkan sudah mendarat di Malaysia, tidak dibenarkan ke Jepun.

Selain itu, visa yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada Kerajaan Jepun kini digantung seketika hingga akhir bulan Jun tetapi katanya mungkin akan berlanjutan lagi selepas ini.

Manakala bagi rakyat Jepun yang berada di Malaysia sebelum ini dan jika ingin pulang ke Jepun, mereka mestilah lakukan kuarantin wajib 14 hari sebelum pulang ke rumah.

Kerajaan Jepun Bantu Industri Pelancongan Negera Tersebut

Jepun Halang Kemasukan Pelancong 111 Negara Termasuk Malaysia

Nampaknya, Jepun begitu serius membendung penularan pandemik dikalangan penduduk Jepun. Tapi kalau pelancong tak datang, bagaimanakah industri pelancongan di Jepun? Bagaimana mereka ingin menghidupkan kembalik industri tersebut?

Itulah negara Jepun, yang mengutamakan rakyat mereka lebih daripada pelancong luar.



Beberapa hari yang lepas, Jepun mengumumkan dimana, mereka akan membantu sehingga 50% perbelanjaan perjalanan dalam negara bagi rakyat Jepun sendiri. Keputusan ini bagi menggalakkan rakyat Jepun untuk bercuti di negara sendiri terlebih dahulu sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara daripada industri pelancongan.


Jadi orang Malaysia, duduk dulu di rumah dan biar orang Jepun je yang bercuti di negara mereka buat masa ini. Kekal tenang dan duduk di rumah

Post a Comment

Previous Post Next Post