Cara Tukar Background Zoom Kepada Gambar Apa Yang Kita Mahu

Cara Tukar Background Zoom Kepada Gambar Apa Yang Kita Mahu

Zaman pandemik COVID-19 ni, rasanya antara teknologi yang paling banyak digunakan adalah video call atau video conference. Ini kerana berikutan Work From Home yang diperkenalkan bagi melakukan kerja biasanya dilakukan di pejabat, kini dibawa ke rumah.

Jadi ketika itu, banyak pekerja yang masih bekerja di rumah tetapi ingin lakukan meeting bersama pekerja lain akan menggunakan teknologi video conference dan salah satunya menggunakan Zoom. Tapi sebenarnya ianya bukan semata digunakan untuk pekerja, tetapi pelajar juga ada menggunakan dalam kelas online.

Apa yang ciri best yang ada pada Zoom ini adalah anda boleh tukar background gambar Zoom anda kepada gambar yang anda mahu. Anda nak buat video call sambil berlatar belakangkan di dalam hutan ke, tengah bandar ke, dalam kelas dan sebagainya. Yang penting anda ada gambar tersebut.

Jadi untuk itu, anda boleh tengok sini cara tukar gambar background Zoom kepada gambar yang anda mahu semasa lakukan video conference atau video call. Yang penting tak perlu Green Scree pun. Anda boleh download Zoom melalui sotfware komputer atau melalui aplikasi di telefon pintar. Anda boleh download di pautan ini.

Cara Tukar Gambar Background Menggunakan Software Desktop Zoom

Cara ini hanya boleh digunakan apabila anda menggunakan software Zoom desktop sahaja. 

1.  Muat-turun terlebih dahulu software Zoom untuk Windows atau Mac
2.  Buka software Zoom dan Sign In
3.  Klik pada profile picture anda dan klik Setting
4.  Pada bahagian kiri menu bar, klik pada tab Virtual Background (Jika tak muncul, anda perlu Log in di Website Zoom, pergi ke Setting dan On kan Virtual Background)
5.  Pada bahagian tab Virtual Background, pilih gambar yang sedia ada atau anda boleh upload guna gambar sendiri yang anda mahu
6.  Jika anda sudah set-up Green Screen, boleh pilih option tersebut
7.  Untuk tambahkan gambar atau video sendiri, anda hanya perlu klik iko n + untuk muat-naik daripada komputer

Ketika Adakan Meeting

1.  Klik arrow ke atas
2.  Pilih Change Virtual Background
3.  Pada bahagian tab Virtual Background, pilih gambar yang anda mahu
4.  Jika anda sudah ada Green Screen, pilih option tersebut
5.  Untuk tambahkan gambar atau video sendiri, anda hanya perlu klik iko n + untuk muat-naik daripada komputer

Cara Tukar Background Zoom Kepada Gambar Apa Yang Kita Mahu

Cara Tukar Gambar Background Menggunakan Software Aplikasi Zoom

Anda boleh gunakan aplikasi Zoom menggunakan aplikasi di telefon Androi dan iOS

1.  Muat-turun aplikasi Zoom ke peranti pintar anda
2.  Buka aplikasi, Sign In dan mulakan meeting anda
3.  Klik pada 3 dot pada bahagian bawah kanan untuk bukan More Menu
4.  Klik Virtual Background
5. Akhir sekali, pilih gambar yang anda mahukan


sumber : tomsguide

Post a Comment

Previous Post Next Post