Mudah Je Sebenaranya. Jom Tengok Cara Nak Buat Iklan Di Instagram

Jom Tengok Cara Nak Buat Iklan Di Instagram

Anda seller di Instagram dan cadang nak buat ads, anda boleh tengok sini cara run iklan di Instagram dengan mudah. Supaya lepas ni, lebih tinggi lagi reach dan engagement daripada pelanggan anda.

Sekarang ni, sudah banyak seller sudah bertukar ke servis secara online sama ada menggunakan Shoppe, Lazada, Facebook, Instagram atau mana-mana platform online. Sekarang orang pun ramai berbelanja secara online sahaja, lebih mudah.

Jadi jangan lepaskan peluang ni, jadi kalau anda ingin mulakan di Instagram, teruskan sehingga berjaya. Selain daripada tunggu pelanggan untuk datang ke akaun Instagram anda, anda boleh iklan atau ads supaya lebih ramai lagi potential customer yang akan reach dan datang ke kedai Instagram anda.

Kalau anda tak reti run iklan di Instagram, jangan risau anda boleh tengok perkongsian daripada rafhanahridzz macam nak run ads Instagram dengan cara yang betul. Anda boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah.

Cara Run Ads Di Instagram Dengan Mudah

Untuk run iklan, sudah pastinya perkara utama adalah, anda perlu link kan Instagram anda dengan akaun Facebook anda. Seterusnya boleh teruskan cara seperti dibawah.

Langkah 1 : Promote
Perkara asas anda perlu pastikan caption dan gambar iklan anda cantik dan mengikut copy writing yang boleh menarik pelanggan tau. Orang baca, terus tertarik. Jika sudah ada, anda pergi ke post anda tersebut dan tekan butang Promote.

Cara Nak Run Iklan Di Instagram

Langkah 2 : Select Where To Send People
Select where to send people dan biasanya pilih Profile. Ini bagi customer tersebut pergi dahulu ke profile Instagram kita dan barulah klik Whatsapp dengan pautan yang disediakan.

Anda juga boleh pilih Direct Message yang mana akan terus ke message anda

Cara Nak Run Iklan Di Instagram

Langkah 3 : Define Your Audience
Bahagian ini sangat penting. Anda kena set betul-betul target customer anda. Pastikan tiada budak-budak yang akan contact kita, jadi set minimum umur 16 years old.

Target tempat tinggal customer anda juga. Kalau nak area berdekatan boleh luaskan range KM tersebut.

Cara Nak Run Iklan Di Instagram

Langkah 4 : Interests
Seterusnya, kita kena fikir customer kita interested dengan produk apa. Sebagai contoh, jika jual bracelet, set pada gift, jewellery dan apa-apa sahaja. Jadi, bila customer itu selalu search keyword berkenaan, iklan kita kemungkinan besar naik di explore atau feed mereka.

Cara Nak Run Iklan Di Instagram

Langkah 5 : Budget & Duration
Okay ni set la berapa bajet anda. Kebiasannya boleh set antara RM30 hingga RM50. Bergantung kepada anda. Yang penting gambar dan copywriting anda kena ngam dan power tau.

Cara Nak Run Iklan Di Instagram

Maklumat Debit Kad :

Name on card - Nama penuh yang anda daftar kat bank 
Card no - no di depan card
Expiry date - tarikh depan card
Security code - 3 nombor belakang card

Jika pembayaran tidak berjaya, anda boleh tengok cara ini bagi pengaktifan dahulu

Langkah 6 : Review Promotion
Akhirnya, sebelum tekan confirm, anda boleh semak dahulu setting yang anda buat. Kalau dah set payment method menggunakan debit kad, jadi lepas ni tak perlu isi semula dah. Boleh juga guna online banking jika run guna Instagram desktop

Cara Nak Run Iklan Di Instagram

Jika sudah tekan confirm, akan keluar notification seperti ini menyatakan promotion kita In Review. Jadi jika sudah di Approved, jadillah Instagram Ads anda seperti ini. Simple je kan.

Cara Nak Run Iklan Di Instagram


Post a Comment

Previous Post Next Post