6 Telefon Gaming Bajet Bawah RM1000 Untuk Tahun 2022

6 Telefon Gaming Bajet Bawah RM1000 Untuk Tahun 2020

Sesiapa nak cari telefon gaming bajet bawah RM1000, anda boleh tengok senarai dibawah ini. Ada telefon yang anda boleh dapatkan set baru dan juga telefon secondhand tetapi berbaloi untuk digunakan untuk bermain game.

Sekarang dah ramai orang main game menggunakan telefon sahaja. Ini kerana, anda boleh main bila-bila masa dan dimana sahaja. Bila lepak dengan kawan-kawan pun boleh main ramai-ramai kan. Kalau main menggunakan komputer, boleh main di rumah je la kan.

Ada juga yang keluarkan phone gaming sendiri dengan ciri-ciri tersendiri seperti phone Nubia, ROG Phone 2, Red Magic 5G atau Black Shark 3 Pro. Tapi mungkin tak kena dengan bajet anda kan. Phone lebih 3 hingga 4 ribu. Dengan cadangan daripada ahli dan review teknologi, anda dapatkan sekurang-kurangnya chipset Snapdragon 835 dan keatas, Exynos 8895 dan keatas, Mediatek Helio G90 dan keatas. Ini pasti akan memberikan kepuasan kepada kaki gaming semua

Tapi sebenarnya ada je telefon lain yang anda boleh dapatkan dengan spesifikasi sedemikian tetapi dengan bajet yang rendah. Anda masih boleh main game berat seperti PES, PUBG Mobile, Mobile Legend dan banyak lagi. Jadi jom tengok 6 cadangan senarai telefon gaming bajet bawah RM1000 yang anda boleh beli.

Senarai Telefon Gaming Terbaik Bawah Harga RM1000 Tahun 2022

Berikut merupakan senarai 6 telefon gaming sesuai untuk mobile gamers dengan harga bajet bawah RM1000

#1.  Redmi Note 8 Pro

Redmi Note 8 Pro

Redmi Note 8 Pro keluaran 2019 tetapi masih sesuai untuk anda dapatkan sebuah telefon pintar bagi bermain permainan mudah alih. Walaupun diperkenalkan pada tahun 2019, tetapi sudah menggunakan antara chipset Mediatek berkuasa iaitu Helio G90T yang sesuai untuk bermain game.

Walaupun chipset Mediatek ini cepat panas, tapi Redmi Note 8 Pro hadir dengan liquid cooling. Jadi takda la panas sangat masa bermain game

Skrin : IPS LCD 6.53" | Chipset : Mediatek Helio G90T (12nm) | Kamera : 64+8+2+2MP / 20MP | RAM : 6/8GB | ROM : 64/128/256GB | Bateri : 4500 mAh

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

#2.  Samsung Galaxy A51

Samsung Galaxy A51

Antara produk telefon pintar yang terlaris pada awal 2020 iaitu Samsung Galaxy A51. Samsung pastinya hadir dengan chipset tersendiri iait daripada Exynos. Bagi Galaxy A51 ini, ianya hadir dengan Exynos 9611.

Jika anda ingin dapatkan telefon gaming terbaik untuk chipset Exynos ni, cari yang 8895 dan ke atas. Nak main game guna phone ini adalah dengan kehadiran skrin AMOLED dengan gambar yang lebih natural.

Skrin : Super AMOLED 6.5" | Chipset : Mediatek Helio G90T (12nm) | Kamera : 64+8+2+2MP / 20MP | RAM : 4/6/8GB | ROM : 64/128/GB | Bateri : 4000 mAh

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

#3.  LG G7 ThinkQ

LG G7 ThinkQ

Telefon gaming bajet bawah RM1000 yang anda boleh dapatkan seterusnya adalah LG G7 ThinkQ. Ianya keluarga 2018 tapi menggunakan chipset berkuasa Snapdragon 845.

Memang sesuai la nak main game. Selain itu, chipset ini membuatkan bateri lebih tahan, lebih efisien dan kurang haba. Walaupun telefon lama, ada Qi Wireless charging beb.

Skrin : IPS LCD 6.1" | Chipset : Qualcomm SDM845 Snapdragon 845 (10 nm) | Kamera : 16+16MP / 8MP | RAM : 6/8GB | ROM : 64/128/GB | Bateri : 3000 mAh

⏩ Link Pembelian : Shopee

#4.  Realme 6

Realme 6

Sebuah lagi telefon pintar yang menggunakan chipset Mediatek Helio G90T yang anda boleh dapat bawah RM1000 untuk tahun 2020. Jika anda cari telefon baru keluaran 2020, ini adalah fon untuk anda. Dengan 4 kamera disediakan, finger print dan masih mengekalkan 3.5mm audio jack.

Disebabkan tiada liquid cooling, mungkin pengalaman bermain permainan mudah alih akan sedikit panas terutama pada bahagia atas telefon tersebut.

Skrin : IPS LCD 6.5" | Chipset : Mediatek MT6785 Helio G90T | Kamera : 64+8+2+2MP / 16MP | RAM : 4/6/8GB | ROM : 64/128GB | Bateri : 4300 mAh

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

#5.  Xperia XZ1

Xperia XZ1

Sebuah lagi telefon yang anda boleh dapatkan untuk bermainan permainan mudah alih dengan lancar adalah Xperia XZ1. Chipster Snapdragon 835 pastinya memberika kepuasan untuk anda bermain PUBG Mobile, Fortnight, Mobile Legend dan sebagainya. Selain itu, telefon ini dibina dengan berasaskan logam. Jadi telefon nampak premium walaupun ianya keluaran 2017.

Skrin : IPS LCD 5.2" | Chipset : Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 (10 nm) | Kamera :  19MP / 13MP | RAM : 4GB | ROM : 64GB | Bateri : 2700 mAh

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

#6.  Sharp Aquos R

Sharp Aquos R

Jika tadi Snapdragon 835, upgrade lebih sikit dengan chipset Snapdragon 845 yang dimiliki oleh Sarp Aquos R. Walaupun jenama tidak terkenal, tetapi spesifikasi yang dibekalkan cukup terbaik untuk bermain permainan mudah alih.

Antaramuka yang seakan stock android memberikan kelancaran. Selain itu, yang membezakan antara Sharp Aquos R dengan telefon lain adalah ciri skrin 120Hz. Pengalaman skroll telefon lebih lancar.

Skrin :IGZO IPS LCD 6.0" | Chipset : Mediatek Helio G90T (12nm) | Kamera : 22.6+16.3MP / 16.3MP | RAM : 4GB | ROM : 64GB | Bateri : 3130 mAh

⏩ Link Pembelian : Shopee

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda...

Post a Comment

Previous Post Next Post