Twitter Memperkenalkan Schedule Tweet Dan Draft Melalui Twitter Wep

Twitter Memperkenalkan Schedule Tweet Melalui Twitter Wep

Berita baik untuk pengguna Twitter dimana selepas ini, anda boleh tetapkan tarikh dan waktu bila anda inginkan paparkan Tweet anda dengan perkenalan ciri terbaru daripada pihak Twitter iaitu Schedule Tweet. Draft juga diperkenalkan.

Jika sebelum ini, Twitter ada memperkenalkan ciri 'menutup reply' yang dilepaskan kepada beberapa pengguna, hari ini jangan risau, satu lagi ciri terbaru diperkenalkan kepada semua pengguna Twitter iaitu Schedule Tweet.


Schedule Tweet Diperkenalkan

Jika sebelum ini, kalau anda nak tweet, anda taip dan terus tweet. Tetapi dengan ciri terbaru ini, anda boleh menentukan bila tweet anda tersebut akan dipaparkan di timeline. Anda boleh schedule tweet-tweet anda mengikut bila anda inginkan.

Ciri ini pastinya memberikan gambaran seolah-olah anda aktif setiap masa jika anda telah schedule tweet-tweet anda. Kalau anda content creator, mungkin ciri ini memberi kelebihan kepada anda di masa akan datang.

Twitter Memperkenalkan Schedule Tweet Melalui Twitter Wep
Twitter melaporkan, setakat ini, ciri ini hanya boleh digunakan di Twitter Web menerusi laman web www.twitter.com


Twitter Draft

Selain daripada ciri tersebut, ciri draft juga diperkenalkan. Sebelum ini, tweet draft hanya ada pada aplikasi Twitter dan di Twitter Web tiada. Tetapi hari ini, ianya diperkenalkan secara rasmi.

Untuk berbuat demikian, anda hanya perlu klik butang X pada bahagian kiri atas pada tweet composer dan klik Save. Untuk dapatkan kembali tweet draft anda tersebut, akan hanya perlu klik unsent tweet dan pilih mana-mana tweet anda tersebut.

Tapi anda kena ingat, Twitter Web dan aplikasi Twitter tidak bersambung dan tidak akan sync antara satu sama lain. Jadi tweet draft itu tidak akan muncul di aplikasi.

Post a Comment

Previous Post Next Post