SEGA Games Untuk Anda Bermain Secara Percuma. Nostalgia Habis Ni!

SEGA Games Untuk Anda Bermain Secara Percuma

Rasanya mereka yang lahir tahun 80-an dan 90-an pasti tahu akan permainan video games SEGA atau SEGA Games ini. Kini anda boleh kembalikan semula nostalgia anda untuk mainkan beratus-ratus SEGA Games kegemaran anda.

Jika zaman 90-an dulu, permainan 16-bit seperti ini antara permainan video games yang sangat popular. Kebiasaanya ia dimainkan bersama game console seperti gameboy. Lebih advance sikit, main di televisyen menggunakan Playstation 1. Rasanya budak-budak 90-an pasti pernah merasa walaupun sekali dulu kan. Nostalgia habis.

Jadi untuk kembalikan kembali kenangan dan nostalgia anda tersebut. SEGA telah kongsikan permainan video kegemaran anda ini secara percuma. Anda boleh mainkan SEGA Games ini secara online di ssega.com tanpa batas.

Disini anda boleh pilih permainan video kegemaran anda mengikut kategori seperti action, adventure, fighting, puzzle, racing, sonic games dan banyak lagi la. Cheats pun disediakan weh. Memang sama macam dulu-dulu ni. Cuma beza, kini anda bermain menggunakan komputer dan keyboard.

Antara SEGA Games Yang Akan Mengambalikan Nostalgia Anda

Jadi disini, disenaraikan antara SEGA Games yang pernah popular sebelum ini. Admin pun teruju dengan senarai ini.

Sonic Classic Heroes

Sonic Classic Heroes

Ikuti pengembaraan sonic dalam permainan Sonic Classic Heroes. Boleh melompat, kumpul coins dan banyak lagi.

Ultimate Mortal Kombat Trilogy

Ultimate Mortal Kombat Trilogy

Antara permainan battle yang terkenal ketika itu iaitu Metal Kombat. Banyak karekter yang anda boleh guna untuk berlawan antara satu sama lain.

Aladdin

Aladdin

Aladdin siapa tak kenal kan. Dulu juga terkenal permainan pengembaraan ini. Berlawan menggunakan pedang dan balingan epal dia. Kenangan ni.

Mega Bomberman

Mega Bomberman

Ini memang permainan yang mudah sahaja tapi tetap 'addict' jika bermain. Anda perlu pecahkan halangan dengan bom untuk selesaikan sesebuah misi.

Super Mario World

Super Mario World

Permainan legend ketika ini Super Mario. Pengembaraan demi pengembaraan. Banyak halangan perlu ditempuhi seperti kura-kura.

Mega Man X Demo

Mega Man X Demo

Ini antara permainan nostalgia admin. Mega Man ni memang legend la. Main tembak-tembak dan bersama Megaman X.

Street Fighter

Street Fighter

Satu lagi permainan battle yang popular iaitu Straigh Fighter. Banyak watak, ada Ryu, Chunli, Gen, Sagat dan banyak lagi. Kombo tu padu.

NBA Live 95

NBA Live 95

Antara permainan sukan ketika itu, NBA Live. Siapa minat NBA kita itu, memang carilah permainan game ni kan.

Earthworm 2

Eartworm 2

Ini lagi legend, Earthworm. Mengembara dengan melawan menggunakan pistol laser dan juga diri sendiri iaitu cacing sebagai alat senjata. Best weh!


Jadi mana SEGA Games yang anda rasa terkenang sekali untuk anda bermain selepas ini? Kongsikan dibawah. Jangan lupa share pada kawan-kawan lain

Post a Comment

Previous Post Next Post