iPhone SE Mendominasi Carian Tertinggi Bagi Suku Pertama Tahun 2020 Bagi Kawasan Asia Tenggara Termasuk Malaysia

iPhone SE Mendominasi Carian Tertinggi Bagi Suku Pertama Tahun 2020 Bagi Kawasan Asia Tenggara

Ternyata iPhone SE 2020 keluaran terbaru iPhone telah mendapat carian tertinggi di Asia Tenggara bagi suku pertama bagi tahun 2020 termasuk Malaysia. Walaupun pada suku pertama ini terdapat beberapa lagi peranti lain diperkenalkan, nampaknya iPhone SE 2020 sepertinya lebih diminati bagi penduduk di kawasan ini.

Walaupun rata-rata negara Asia Tenggara kini sedang melanda krisis penularan pandemik COVID-19 dan berlakunya perintah berkurung atau PKP, tetapi ianya tidak menghalang mereka untuk melakukan carian di internet berkaitan teknologi terkini.

Walaupun banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar, buang pekerja, tutup kedai dan sebagainya disebabkan pandemik ini, sebaliknya berlaku pada syarikat yang mengeluarkan telefon bimbit ini. Mereka masih sempat untuk memperkenalkan produk terbaru mereka kepada orang ramai, walaupun kuasa pembelian mungkin berkurang disebabkan ada dibuang kerja dan sebagainya.

Peranti Yang Mendapat Carian Tertinggi Bagi Suku Tahun 2020

Seperti yang dilaporkan oleh iPrice.sg, terdapat 6 peranti yang diperkenalkan sepanjang tahun 2020 hingga April yang mendapat carian tertinggi. Terdapat 7 negara yang terlibat dalam data pencarian ini termasuklah Malaysia.

Daripada 7 negara tersebut (yang utamanya bagi kawasan Asia Tenggara), iPhone SE 2020 telah mendapat carian yang tertinggi iaitu sebanyak 673000 kali. Ini menjadikannya lebih 78% daripada keseluruhan mencari 'iPhone SE' sepanjang tempoh berkurung ini.

iPhone SE Mendominasi Carian Tertinggi Bagi Suku Pertama Tahun 2020 Bagi Kawasan Asia Tenggara

iPhone SE 2020 sebagai peranti mid-range telah diperkenalkan pada pertengahan April 2020 yang lepas dengan tanda harga bermula $399. Mungkin dengan tanda harga yang berpatutan ini menjadi peransang kepada pengguna untuk membuat carian yang lebih terhadap peranti ini.

Kini di Malaysia, anda boleh dapatkan iPhone SE 2020 secara rasmi melalui Apple Store di seluruh Malaysia atau anda boleh beli melalui Apple Store Mall di Lazada dengan harga bermula RM1999 sahaja.

Bagi tempat ke-2, penduduk Asia Tenggara mencari OnePlus 8 & 8 Pro dengan jumlah 93600 carian dikuti dengan Xiaomi Mi 10 (60500), Huawei Nova 7 Series (14800), Honor 30 & 30 Pro & Pro + (12000) dan Oppo Reno Ace 220 (3710).


Jadi anda masa PKP ni, cari peranti apa di Internet? ke dah beli iPhone SE tu?


sumber : iprice.sg

Post a Comment

Previous Post Next Post