Dapatkan 14 Koleksi BTS Coffee Di 7-Eleven Berhampiran Anda Untuk Waktu Terhad

14 Koleksi BTS Coffee Di 7-Eleven

gambar via twitter @k1mjinseok

7-Eleven Malaysia telah memperkenalkan sebuah produk terbaru berasaskan minuman yang di inspirasikan daripada kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS melalui BTS Coffee.

Tawaran ini pastinya berita gembira terutamanya kepada Army Malaysia.

BTS Coffee ini telah mula dijual di semua outlet 7-eleven seluruh semenanjung Malaysia bermula pada minggu lepas selepas diperkenalkan oleh syarikat itu sendiri. Jadi kepada peminat K-Pop BTS khususnya jangan lepaskan peluang ini.

BTS Coffee Di 7-Eleven

14 Koleksi BTS Coffee Di 7-Eleven

BTS Coffee ini menawarkan 2 jenis coffee iaitu BTS Cold Brew Americano dan juga BTS Hot Brew Vanilla Latte! Jadi kepada kopi, mungkin anda juga boleh cuba dapatkan salah satu kopi yang ditawarkan ini.

Selain itu, tawaran ini disediakan dengan 2 reka bentuk berlainan mengikut jenis kopi yang ditawarkan dengan masing-masing diasingkan dengan mengikut ahli kumpulan BTS tersebut (7 ahli kumpulan). Jadi keseluruhan reka bentuk yang ditawarkan adalah 14 koleksi.

Sekali tengok macam perfume plak kan..

Harga yang ditawarkan adalah RM11.90 bagi setiap botol dengan kapasiti 270ml. BTS Army, takkan nak tengok saja kan. Mesti la sambar semua.

Anda juga boleh dapatkan secara online - DISINI

Kalau kopi ini keluaran daripada Korea, adakah ianya halal?

Jangan risau, menurut Halal Korea, produk ini telah disahkan oleh badan tersebut sebagai halal dan pastinya boleh di minum tanpa keraguan. Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh pihak Halal Korea di laman facebook rasmi mereka berkaitan BTS Coffee ini.

Jadi khusus untuk Army Malaysia, jangan lepaskan peluang ini dan kumpul kesemua koleksi BTS Coffee kegemaran anda ini. Katanya laku keras di semua 7-eleven. Kalau lambat, takut terlepas nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post