Apa Yang Tak Boleh Sepanjang PKPB?

Apa Yang Tak Boleh Sepanjang PKPB?

YAB Tan Sri Muhyuddin Yassin telah mengumumkan di dalam perutasan khas sempena Hari Pekerja dimana PKP kali ini adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jadi dari itu, hampir semua perkara yang melibatkan ekonomi boleh beroperasi semula selepas sebulan lebih diberhentikan sebelum ini.

Selain itu, dalam perutusan khas itu juga telah diberitahu selain daripada aktiviti ekonomi, ada juga aktiviti-aktiviti lain boleh boleh dan tidak boleh dilakukan. Ianya masih PKP sehingga 12 Mei 2020 tetapi bersyarat. Jom tengok, apa yang boleh apa yang tak boleh Pak Salleh buat lepas ni.



    Secara asasnya perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal. 

    Aktiviti Ekonomi

    Kesemua aktiviti ekonomi boleh beroperasi semula bermula 4 Mei 2020 (Isnin) dengan SOP yang disediakan kecuali beberapa aktiviti yang tidak boleh dilakukan, seperti yang diterangkan di dalam perutusan khas sebentar tadi. Antaranya :
    • Panggung wayang
    • Pusat karaoke
    • Pusat refleksologi
    • Pusat Hiburan
    • Kelab malam
    • Taman tema
    • Bazar Ramadan
    • Bazar Aidilfitri
    • Karnival jualan dan
    • Semua bentuk persidangan dan pameran
    Apa Yang Tak Boleh Sepanjang PKPB?
    Kedai makan Pak Salleh dibenarkan beroperasi tetapi perlu mengikut SOP ketat

    Aktiviti Sukan

    Aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan tidak dibenarkan. Seperti:
    • Bola sepak
    • Ragbi
    • Renang
    • Semua acara suka indoor dan stadium

    Dapatkan Standard Operating Procedure (SOP) daripada telegram MKN alert-info

    Dibenarkan

    Aktiviti outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan. Seperti :
    • Badminton
    • Tenis
    • Jogging
    • Kayuh basikal
    • golf
    • Larian dalam kumpulan kecil tidak melibih 10 orang

    Aktiviti-Aktiviti Lain

    Aktiviti lain yang tidak dibenarkan sepanjang PKPB
    • Perarakan keagamaan
    • Solat jumaat
    • semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, sudah dan rumah ibadah lain

    Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja. Tetapi untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

    Apa Yang Tak Boleh Sepanjang PKPB?

    Selain itu, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.

    Untuk senarai lengkap boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negera dan akan disemak dari masa ke semasa. 

    Selamat Hari Pekerja 2020

    Post a Comment

    Previous Post Next Post