Tiada Bazar Ramadhan Dan Bazar Gawai Di Sarawak Tahun Ini

Satu lagi negeri telah rasmi mengumumkan dimana pada tahun ini di Sarawak tiada bazar Ramadhan termasuklah juga Bazar Gawai.

Tiada Bazar Ramadhan Dan Bazar Gawai Di Sarawak Tahun Ini

Disebabkan krisis pandemik COVID-19 ini banyak aktiviti yang biasanya berlangsung di Malaysia khususnya terpaksa di batalkan termasuklah bazar Ramadhan. Setiap tahun di Malaysia terutamanya pada bulan puasa pastinya meriah dengan bazar Ramadhan yang menyediakan pelbagai juada makanan.

Mungkin tahun 2020 ini menjadi tahun pertama di era moden dimana di Malaysia tidak akan ada bazar Ramadhan bagi mengelakkan berlakunya mass gathering dan kurangnya penjarakkan sosial yang mungkin menyebabkan jangkitan COVID-19 ini.

Mengikut statistik, di Sarawak kini terdapat 239 kes positif COVID-19 dengan menyebabkan dengan Kuching mencatatkan 153 kes dan menjadi satu-satunya daerah Zon Merah di Sarawak.

Tiada Bazar Ramadhan Dan Bazar Gawai

Kerajaan Sarawak hari ini memutuskan tidak membenarkan operasi Bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa tahun ini dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari juga memberitahu bazar Gawai yang dekat dengan bulan puasa juga tidak dibenarkan bagi memastikan kesemua rakyat Sarawak selamat daripada dijangkiti virus ini.

Sebelum ini beberapa negeri juga telah memutuskan untuk membatalkan bazar Ramadhan pada tahun ini seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka. Kini Sarawak juga tiada bazar Ramadhan.

Justeru itu, bagi menggantikan Bazar Ramadhan, mungkin kita perlukan adakan jualan-jualan dilakukan menggunakan aplikasi dalam talian atau 'e-Bazar Ramadhan' dengan mempergunakan sepenuhnya teknologi terkini yang ada. Ia pastinya dapat menggalakan orang ramai duduk di rumah dan mengelakkan masyarakat umum berhimpun beramai-ramai di sesuatu tempat. 

Post a Comment

Previous Post Next Post