Saksikan Trailer Pertama Train To Busan 2 : Peninsula

Akhir selepas filem pertama Train To Busan mendapat sambutan luar biasa, akhirnya kini anda sudah tonton trailer sequel daripadanya Train To Busan 2 : Peninsula.

Saksikan Trailer Pertama Train To Busan 2 : Peninsula

Akhirnya selepas beberapa tahun diumumkan berkaitan Train To Busan 2 sebelum ini, anda sudah boleh saksikan gambaran awal bagaimana kesinambungan cerita ini setelah seluruh Korea kini sudah dijangkiti virus dan bertukar menjadi Zombie yang ganas.

Jika anda masih ingat, pengakhiran Train To Busan 2016 sebelum ini dimana hanya 2 watak sahaja selamat sampai ke Busan iaitu Seong-kyeong dan juga seorang kanak-kanak Soo-an.

Filem 2016 tersebut menceritakan dimana mereka bergerak ke Busan bagi mencari perlindungan yang katanya disana merupakan kawasan selamat tetapi terpaksa menghadapi ancama Zombie sepanjang perjalanan di dalam dan luar kereta api.

Sebelum ini, Train To Busan 2 dijangka menemui peminat di pawagam pada Ogos 2020 tetapi sehingga kini masih tiada lagi tarikh yang sebenar dikeluarkan tambahan lagi dengan krisis dunia COVID-19 ini.

Saksikan Trailer Pertama Train To Busan 2 : Peninsula

Trailer Train To Busan 2 : Peninsula

Jadi untuk filem kali ini, ianya menunjukkan kesinambungan atau sequel daripada versi 2016 tetapi lebih exciting jika dilihat di dalam trailer. Sepertinya sudah berada di zaman apocalypse terpaksa berlawan untuk terus survive daripada zombie-zombie yang ada.

Latar Train To Busan 2 : Peninsula adalah berlaku selepas 4 tahun daripada kejadian pada kereta api tersebut. Ternyata kesan zombie masih ada. Masih menggunakan pengarah yang sama iaitu Sang-ho Yeon dan pastinya memberikan keterujaan yang lebih sama seperti Train To Busan yang pertama.

Terlebih teruja penceritaan kali ni berbanding yang pertama. Apakah kesudahannya? Kene tunggu bila dah keluar nanti la. Tak sabar!



The Only Rule Is Survival

Post a Comment

Previous Post Next Post