Penggantungan Sementara Perkhidmatan ERL Sepanjang Tempoh PKP Bermula 4 April 2020

Berikutan pengumuman tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi fasa 2, perkhidmatan ERL akan berhenti buat seketika bermula 4 April 2020 hingga tempoh PKP tamat.

Penggantungan Sementara Perkhidmatan ERL Sepanjang Tempoh PKP

Ianya diberitahu melalui website kliaekspres, dimana kesemua laluan Express Rail Link (ERL) akan berhenti buat seketika. Justeru itu, diharap kepada semua pengguna yang biasa menggunakan perkhidmatan ERL supaya mencari alternatif lain untuk bergerak daripada KL Sentral ke KLIA & KLIA2.

Selain itu juga, mana-mana pengguna yang telah membeli tiket dalam tempoh penggantungan ini, mereka boleh membuat proses refund dengan hantarkan kepada CustomerEnquiry@KLIAekspres.com

Keputusan ini dibuat selari dengan arahan PKP dan pastinya juga atas usaha membendung dan memutuskan rantaian COVID-19 yang kini sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia. Diharap usaha ini sedikit sebanyak akan mengurangkan virus ini daripada tersebar ke tempat lain.

Perkhidmatan Sehingga 3 April 2020

Penggantungan Sementara Perkhidmatan ERL Sepanjang Tempoh PKP

Seperti saranan dan arahan bagi Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 ini dimana pergerakan terhad telah diarahkan bagi mana-mana kenderaan perkhidmatan awam. Jadi sebagai mematuhi arahan, berikut adalah jadual perjalanan sehingga 3 April 2020

Rabu, 25 Mac hingga Jumaat, 3 April 2020

6:00 pagi hingga 10:00 pagi selang 30 minit
5:00 pm hingga 10:00 pm selang 30 minit

Sila ambil perhatian bahawa tidak akan ada perkhidmatan kereta api pada masa lain

Pengangkutan Alternatif Selain Daripada ERL

Susulan dengan penggantungan perkhidmata ERL, mereka telah menyediakan pengangkutan alternatif yang mungkin anda boleh gunakan sepanjang tempoh ini. Berikut merupakan alternatif yang telah dibuat oleh pihak KLIAEkspres

Penggantungan Sementara Perkhidmatan ERL Sepanjang Tempoh PKP

Post a Comment

Previous Post Next Post